Pemilihan MCA: Jawatan Wee Ka Siong sebagai presiden dicabar!

Seorang bekas anggota Jawatankuasa Pusat MCA dicalonkan untuk mencabar Wee Ka Siong bagi jawatan presiden parti itu dalam pemilihan kali ini.

Mengumumkan persaingan tersebut hari ini, jawatankuasa pemilihan parti berkenaan berkata Wee akan mempertahankan jawatan presiden dan berdepan dengan cabaran daripada Tan Chong Seng.

Berbanding Wee yang pernah menjadi menteri, nama Tan kurang dikenali. Selain pernah menganggotai badan tertinggi MCA, Tan merupakan bekas ketua parti itu untuk kawasan Kuala Selangor.



Wee pula menjadi presiden MCA sejak 2018 dan dilihat berpeluang besar untuk mengekalkan jawatan berkenaan buat penggal kedua apabila pemilihan dijadual berlangsung pada 23 dan 24 Sept ini.

Sepatutnya mandat Wee sebagai presiden beerakhir pada 2021 namun pada 2019 parti itu meminda perlembagaannya bagi membenarkan pemilihan dijalankan enam bulan selepas sesuatu PRU berlangsung.

Sementara itu dalam perkembangan sama Timbalan Presiden MCA Mah Hang Soon mengekalkan jawatan tersebut selepas menang tanpa bertanding.

Menurut jawatankuasa pemilihan MCA, tiada sebarang nama dikemukakan untuk menandingi Mah selepas waktu pencalonan berakhir.



Persaingan bagi mengisi empat jawatan naib presiden juga menarik apabila tujuh nama didaftarkan untuk bertanding

Empat naib presiden yang bertanding untuk mempertahankan jawatan masing-masing ialah Ahli Parlimen Tanjung Piai, Wee Jeck Seng; senator Ti Lian Ker; Tan Teik Cheng; dan Lim Ban Hong.

Tiga nama lain yang cuba mencabar pula ialah Pamela Yong; Lawrence Low Ah Keong, dan Nicole Wong Siaw Ting

Yong merupakan Ketua Wanita MCA Sabah, manakala Low ketika ini berkhidmat sebagai bendahari agung parti berkenaan.



Wong pula dipilih menjadi ketua Pemuda MCA dalam pemilihan lalu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Mana Malique sembunyi?

Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania



Aslam, jom jumpa

Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker