Industri aeroangkasa akan pertingkatkan – Anwar
Industri aeroangkasa akan pertingkatkan – Anwar
Kerajaan akan melaksana dan membangunkan lebih banyak teknologi dan ekosistem berkaitan industri aeroangkasa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, industri aeroangkasa berupaya melonjakkan Malaysia sebagai negara berteknologi tinggi.
Menurut beliau, usaha itu dijangka meningkatkan pertumbuhan industri untuk mencapai sasaran pendapatan sebanyak RM30 bilion pada 2025.
“Yang paling utama dapat menawarkan pekerjaan berkemahiran dengan gaji yang tinggi kepada rakyat.
“Pembangunan industri ini akan ditumpu kepada pembangunan kluster aeroangkasa bersepadu yang mampu menarik pelaburan berkualiti.
“Kita berbangga dengan kejayaan daripada ujian rintis yang menggunakan bahan api penerbangan mampan,” katanya semasa membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam pada itu, kata Anwar, beberapa langkah akan diambil termasuk memperkukuh tatakelola, membangunkan analitis data raya berpusat serta membangunkan bakat kreatif tempatan bagi merancakkan lagi industri kreatif.
Dengan itu, kata beliau, kerajaan menyediakan dana berjumlah RM346 juta dalam tempoh RMK12 terutama untuk menarik penglibatan golongan belia dalam aktiviti kreatif yang menawarkan pendapatan tinggi.
Selain itu, katanya, kerajaan akan menyegerakan proses pemulihan industri pelancongan dengan menambah baik rangka kerja kawal selia, menggalakkan pendigitalan dan mempromosi pelancongan mampan yang berasaskan alam semula jadi.
“Kerajaan yakin industri pelancongan yang terjejas teruk lantaran penguatkuasaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) akan kembali kukuh.
“Pemulihan ini dapat dilihat berdasarkan peningkatan ketibaan pelancong kepada 9.2 juta pada suku kedua tahun 2023 dan dijangka mencapai sekurang-kurangnya 18 juta pelancong pada tahun ini,” katanya. Utusan
Industri aeroangkasa akan pertingkatkan – Anwar
Baca Artikel Menarik:
- Waran tangkap terhadap pengerusi tetap Pemuda Bersatu dikeluarkan
- Abby Abadi jumpa keluarga mangsa penyondol
- Abby Abadi diserang di Instagram, apa salah ibunya
- Muda nak keluar, silakan – Adun PKR
- Abby Abadi respon isu anaknya sondol suami orang
- Britney bogel lagi ketika berkuda
- KP Umno taja caruman Perkeso penghantar makanan
- Ustazah Asma tak benar suami kahwin lain
- Sebab Bung Moktar dibebaskan mahkamah
- Putri Ariani pukau juri di separuh akhir AGT
- Puteri Sarah dedah tentang hubungan dengan Andi Arsyil
- Takkan Mimi bercium dengan Merqeen – Anna Jobling
- DNAA Zahid, nak ikut persepsi atau fakta kes?
- Mimi Lana kecewa dituduh cium di kelab malam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri
You must be logged in to post a comment.