Gelandangan dipijak hingga berdarah, Polis Dang Wangi berjaya tahan suspek

Seorang lelaki diberkas pihak polis selepas disyaki memukul seorang gelandangan hingga cedera di Jalan Tun Tan Cheng Lock, di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 12.11 tengah malam.

“Susulan laporan polis yang dibuat, seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun ditahan pada pukul 1.46 pagi bagi membantu siasatan dalam kes ini, hari ini.



Menurut beliau, suspek direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Rabu hadapan dan kes disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Siasatan sedang berjalan bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut.

“Pihak polis menasihati orang ramai tidak terlibat di dalam sebarang aktiviti menyalahi undang-undang. Tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

Sabtu lalu, tular satu ciapan di aplikasi X daripada @Bihanuha yang memaparkan seorang gelandangan lelaki terbaring dengan berlumuran darah di kaki lima jalan, di Jalan Tun Tan Cheng Lock, di sini.



Menurut hantaran tersebut, mangsa telah dipijak dan ditendang berkali-kali sehingga berlaku pendarahan di kepala

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mana Malique sembunyi?

Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania



Aslam, jom jumpa

Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker