Skandal anak dara Abby dan Norman bikin panas satu Malaysia
KECOH dalam media sosial sejak Jumaat lalu apabila anak dara kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania Hakim dikatakan menjadi orang ketiga sehingga menyebabkan rumah tangga seorang wanita bersama suaminya musnah.
Pendedahan ‘panas’ tersebut telah dikongsikan sendiri seorang wanita yang juga bekas isteri kepada lelaki bernama Aslam dalam akaun X miliknya, apabila memetik nama Marissa Dania Hakim sebagai ‘penyondol’ dalam rumah tangganya bersama suami.
Lebih mengejutkan, pendedahan wanita bernama Umisya Mazlan itu turut memberitahu semua orang bahawa pihaknya telah memberikan tiga kali peluang kepada bekas suaminya dan Marissa untuk memperbaiki kesilapan mereka, namun tidak diendahkan.
Semalam, seolah-olah enggan membiarkan dirinya terus menjadi mangsa kecaman dan sumpahan orang ramai, gadis berusia 18 tahun itu akhirnya berkongsi kenyataan dalam Instagram miliknya, mengakui kesalahan yang dilakukannya dan akan bertanggungjawab atas setiap apa yang berlaku.
Kehendak sendiri
Mengakui isu panas yang menuduh dirinya sebagai ‘penyondol’ adalah satu kebenaran, kata Marissa perkara tersebut juga berlaku atas kehendaknya sendiri.
“Pertama sekali, apa yang berlaku keseluruhannya terjadi atas tanggungjawab saya sendiri. Ibu bapa saya (Abby Abadi dan Norman Hakim) telah melakukan yang terbaik dengan memberikan didikan.
“Biar saya perbetulkan kesalahan yang telah saya lakukan ini, bukannya ibu bapa saya,” ujarnya.
Mengakui ada hubungan dengan lelaki yang disebutkan, Marissa bagaimanapun menolak beberapa perkara yang ditularkan Umisya sebagai fitnah semata-mata.
Bukan bela diri
“Saya mengaku salah. Apa yang disebarkan (oleh Umisya dalam X) dan dikatakan adalah benar. Saya mengaku.
“Namun, ada juga yang tidak benar. Tetapi saya tidak akan mempertahankan diri saya walaupun cerita yang disebarkan bukanlah 100 peratus benar,” katanya.
Dalam pengakuan itu juga, Marissa turut memberitahu sudah tiada kaitan lagi dengan pihak Umisya, termasuk bekas suami kepada wanita tersebut iaitu Aslam dan menerima segala kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak terbabit.
Pada masa sama, Marissa enggan menjelaskan secara terperinci antara hubungannya dengan Aslam daripada mula hubungan mereka sehingga berakhir.
“Antara saya dan Aslam pula, mungkin banyak andaian terhadap kami. Tetapi cukuplah saya dan Aslam sahaja yang tahu apa sebenarnya terjadi antara kami daripada mula sehingga semuanya berakhir.
“Saya bersalah dan mengakuinya. Tujuan hantaran ini dibuat adalah untuk memberitahu anda semua, bahawa saya tidak akan mengeluarkan sebarang bentuk kenyataan untuk mempertahankan diri sendiri,” jelasnya.
Pada akhir kenyataan yang dikongsikan, Marissa akur khalayak berhak mengeluarkan padangan masing-masing dalam dalam masa mengingatkan semua orang, dia juga mempunyai hak untuk bersuara.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Waran tangkap terhadap pengerusi tetap Pemuda Bersatu dikeluarkan
- Abby Abadi jumpa keluarga mangsa penyondol
- Abby Abadi diserang di Instagram, apa salah ibunya
- Muda nak keluar, silakan – Adun PKR
- Abby Abadi respon isu anaknya sondol suami orang
- Britney bogel lagi ketika berkuda
- KP Umno taja caruman Perkeso penghantar makanan
- Ustazah Asma tak benar suami kahwin lain
- Sebab Bung Moktar dibebaskan mahkamah
- Putri Ariani pukau juri di separuh akhir AGT
- Puteri Sarah dedah tentang hubungan dengan Andi Arsyil
- Takkan Mimi bercium dengan Merqeen – Anna Jobling
- DNAA Zahid, nak ikut persepsi atau fakta kes?
- Mimi Lana kecewa dituduh cium di kelab malam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri