Platform X semakin rugi, Elon Musk mahu saman pemfitnah

Platform X semakin rugi, Elon Musk mahu saman pemfitnah

Hartawan, Elon Musk mengancam untuk menyaman organisasi Liga Antifitnah (ADL) selepas menuduh kumpulan hak sivil yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu cuba ‘membunuh’ platform media sosial X miliknya.

Musk berkata, ADL cuba menjejaskan reputasi syarikatnya dengan menuduh platform X dan beliau sendiri sebagai antisemitik.



Dalam satu siri siaran di laman X, Musk berkata, jualan pengiklanan untuk perniagaannya turun 60 peratus akibat tuduhan tersebut.

“Berdasarkan apa yang kami dengar daripada pengiklan, ADL nampaknya bertanggungjawab untuk kebanyakan kehilangan hasil kami.

“Nampaknya kami tidak mempunyai pilihan selain memfailkan saman fitnah terhadap Liga Antifitnah. Oh ironinya!” kata Musk.

Musk baru-baru ini dilaporkan turut memfailkan saman terhadap satu lagi kumpulan ucapan antikebencian yang dinamakan Pusat Melawan Kebencian Digital (CCDH) dalam tuntutan mahkamah yang menuduh kumpulan itu merosakkan hubungan platform X dengan pengiklan.



Dalam catatannya kelmarin, Musk menegaskan bahawa beliau sangat jelas memihak kepada kebebasan bersuara tetapi menentang antisemitisme dalam apa jua bentuk.

Menurut ADL, siaran antisemitik dalam platform X meningkat dengan mendadak selepas Musk membeli laman itu pada Oktober tahun lalu dan mengembalikan semula pelampau serta ahli teori konspirasi. Utusan

Platform X semakin rugi, Elon Musk mahu saman pemfitnah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Takkan Mimi bercium dengan Merqeen – Anna Jobling

Puteri Sarah dedah tentang hubungan dengan Andi Arsyil



Sama-sama masuk penjara, komen Noh Salleh raih perhatian

Syamsul komen isu Puteri Sarah nak saman bekas kakak ipar Ira Kazar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker