Mat Sabu harap ‘perkahwinan diatur’ PH-BN kekal

Mat Sabu harap ‘perkahwinan diatur’ PH-BN kekal

Presiden Amanah Mohamad Sabu berharap “perkahwinan diatur” antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan bertahan lama selepas menunjukkan perkembangan baik.

Menggunakan analogi perkahwinan, Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu berkata PH-BN tidak pernah “bercinta” namun secara tiba-tiba dijodohkan oleh Raja-Raja Melayu selepas PRU15 untuk membentuk kerajaan.



“Tetapi bila sudah bertemu dan bermesra…satu tahun selesai. Itulah berkat kalau kahwin orang tua kira (atur).

“InsyaAllah perpaduan (PH-BN) kita ini kekal,” katanya pada ceramah di Pulai malam tadi.

Mohamad berkata gabungan PH-BN telah melalui ujian pertama pada PRK DUN Tioman, Disember lalu yang menyaksikan gabungan itu menang.

Menurutnya, pada pilihan raya itu PH telah memberi laluan kepada BN untuk berdepan Perikatan Nasional (PN) susulan kematian seorang daripada calon Yunus Ramli menjelang PRU15.



Beliau memberi jaminan selepas PRK Pulai dan Simpang Jeram pada Sabtu ini, Amanah akan membantu BN pula mengekalkan kerusi di DUN Pelangai, Pahang.

“Kita akan pastikan gelombang hijau tidak berada di Pahang,” katanya. FMT

Mat Sabu harap ‘perkahwinan diatur’ PH-BN kekal

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon wanita kantoi bercium dalam kelab malam

Guru skandal dengan ibu murid sendiri



Ayda Jebat lincah menari walau hamil 7 bulan (Video)

Lelaki Iban ‘knock down’ pembuli warga asing (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker