Bintang Manchester United Antony kaki dera

Bintang Manchester United Antony kaki dera

Bekas teman wanita bintang Manchester United, Antony mendakwa dia sering dilanda kemarahan susulan “cemburu” dan menyerangnya.

Gabriela Cavallin, 23, mendakwa pemain sayap bernilai £85 juta (RM498 juta) itu menderanya secara fizikal dan mental sepanjang hubungan mereka selama dua tahun.

Dia berkongsi rentetan mesej teks yang mengejutkan didakwanya dihantar oleh Antony, menunjukkan luahan kebencian yang kerap diterimanya.

Antony didakwa pernah memberitahu Cavallin dia “berharap dia mati” dan melabelnya “menjijikkan” dan “penipu” selepas dia mengabaikan panggilan dan teksnya.

DJ dan pempengaruh itu juga mendedahkan gambar kecederaannya kepada umum sambil mendedahkan butiran ngeri mengenai dakwaan serangan yang dialaminya.

Dia mendakwa Antony menumbuk dan menanduknya, serta mengugut untuk merempuh kereta mereka selepas dia cuba memutuskan hubungan mereka.

Gabriela mendakwa jarinya turut dipotong hingga ke tulang dan pemain bola sepak itu menyerangnya semasa dia hamil.

Sebanyak empat serangan yang didakwa diterangkan dalam laporan polis yang dilihat oleh laman berita sukan terkenal ESPN.

Antony menafikan menyerang Cavallin dan berikrar untuk membersihkan namanya selepas disoal siasat oleh polis di Brazil.

Dia menyatakan hubungannya dengan Cavallin “teruk” tetapi mendakwa ia tidak pernah menyebabkan keganasan. BH

Bintang Manchester United Antony kaki dera

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon wanita kantoi bercium dalam kelab malam

Guru skandal dengan ibu murid sendiri

Ayda Jebat lincah menari walau hamil 7 bulan (Video)

Lelaki Iban ‘knock down’ pembuli warga asing (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker