Ahmad Maslan bela DAP

Penyertaan DAP di dalam Kerajaan Perpaduan perlu diterima secara berlapang dada kerana parti itu membuat perubahan yang sangat besar dalam ideologi dan perjuangan parti berkenaan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, DAP komited mempertahankan empat perkara dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Deklarasi Shah Alam 2012 dan Deklarasi DAP@50 2016.

“Dalam kedua-dua deklarasi itu, mereka menyokong kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan; menyokong hak istimewa Melayu dan Bumiputera, menyokong kedudukan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu, serta menyokong Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.



“Pada pandangan saya, itu adalah satu kenyataan yang betul yang mereka lakukan, sepertimana kita tahu ada perjanjian Kerajaan Perpaduan pada Disember lalu yg mana empat perkara itu termasuk dalam perjanjian itu,” katanya ketika ditemui di sini pada Jumaat.

Ahmad Maslan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli MKT UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mahu DAP untuk berubah menjadi parti yang sederhana supaya boleh terus disokong oleh masyarakat Cina dan pengundi Melayu.

Nur Jazlan dalam kenyataan di laman Facebook antara lain berkata, sekiranya benar DAP mengharapkan sokongan orang Melayu melalui kerjasama dengan UMNO, parti itu perlu berani membuat perubahan besar untuk mencapai kejayaan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.

Dalam pada itu, Ahmad Maslan yang juga Timbalan Ketua UMNO Johor berkata, DAP merupakan satu daripada Kerajaan Perpaduan yang terdiri daripada 19 parti di dalamnya.



“Kerajaan Perpaduan ini mencerminkan masyarakat pelbagai, kaum, agama dan etnik termasuk Sabah dan Sarawak di negara kita. Keadaan ini tidak berlaku kepada kumpulan Perikatan Nasional (PN), sebaliknya kumpulan Kerajaan Perpaduan ini jelas melambangkan identiti kemajmukan rakyat Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, beberapa pihak mendakwa orang Melayu akan terus menolak UMNO kerana bekerjasama dengan DAP, termasuk mendakwa prestasi buruk BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos lalu, kerana penolakan pengundi Melayu.

Pada 16 Disember lepas, lima gabungan parti politik utama, PH, BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (Warisan) menandatangani perjanjian persefahaman kerjasama di

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar



Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera



Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker