Apa sebab FAM ketepikan Arif Aiman dalam kempen kelayakan Piala Asia?
Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2024 di Thailand minggu depan, adalah ‘ibu segala pertandingan’ buat Harimau Muda negara tahun ini.
Sebagai rekod, Malaysia yang diundi dalam Kumpulan H akan membuka kempen berdepan Bangladesh pada 6 September, Filipina (9 September) sebelum membuat perhitungan menentang tuan rumah, Thailand (12 September) dengan ketiga-tiga perlawanan berlangsung di Stadium Chonburi.
Menerusi kempen kelayakan itu, juara kumpulan bersama empat naib juara kumpulan terbaik akan layak ke Piala Asia B-23 2024 di Qatar yang turut menawarkan slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Namun, tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menyenaraikan Arif Aiman Hanapi dalam senarai 25 pemain yang dipanggil untuk menjalani latihan pusat bermula esok jelas mencetuskan persoalan.
Sepatutnya, barisan terbaik disenaraikan bagi menghadapi kejohanan penting itu, apatah lagi selepas skuad kendalian E Elavarasan gagal dalam dua kejohanan sebelum ini – Sukan SEA dan Piala AFF.
Perkara itu turut diakui legenda bolasepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail yang menegaskan kehadiran pemain muda Johor Darul Ta’zim (JDT) pasti dapat membantu memantapkan lagi skuad Harimau Muda dan ketiadaannya boleh dianggap sebagai satu kekurangan.
Jelasnya, pemain berusia 21 tahun itu perlu diberikan peluang untuk beraksi dalam Kelayakan Piala Asia B-23 2024 yang menawarkan aksi kompetitif berbanding aksi persahabatan bersama Harimau Malaya yang lebih bersifat kepada ruang menguji pemain dan taktikal kejurulatihan.
“Kita tahu kelebihan yang ada pada Arif Aiman dan kalau bersama pasukan B-23, sudah tentu ia beri kelebihan pada kita kerana pertandingan ini adalah persiapan untuk ke Piala Asia B-23.
“Kalau aksi persahabatan, jurulatih akan mencuba banyak pemain tetapi kalau di skuad B-23, sudah tentu Arif akan jadi pemain utama. Dengan pengalaman yang dia ada bersama skuad senior, ini akan memberikan input untuk skuad B-23 dan membantu memberi motivasi kepada rakan sepasukan.
“Saya rasa Arif Aiman tidak perlu lagi diuji untuk skuad Harimau Malaya kerana dia bukanlah muka baharu untuk skuad senior. Jadi lebih baik dia main di Kelayakan Piala Asia B-23 yang kompetitif kerana ini juga akan membantu untuk persiapannya ke Piala Asia tahun depan.
“Memang kalau seorang pemain pun tidak boleh buat apa kerana bola sepak ini permainan berpasukan tetapi dengan adanya Arif Aiman dalam skuad B-23, dia boleh membimbing rakan sepasukan yang lain dengan pengalaman yang ada padanya,” kata Jamal.
Semalam, FAM menyenaraikan 25 pemain untuk menyertai latihan pusat bermula hari ini bagi menghadapi kempen di Bangkok dengan nama Arif Aiman tiada dalam senarai.
Sebaliknya, FAM memanggil dua pemain berpangkalan di luar negara, Luqman Hakim Shamsudin dan Nooa Laine untuk memperkuatkan pasukan.
Ini kerana, skuad senior turut memiliki tugasan sendiri apabila bakal berdepan bertemu Syria dan China pada aksi persahabatan, masing-masing pada 6 dan 9 September di Chengdu, China.
Jamal menegaskan tiada istilah bahawa Arif Aiman ‘turun pangkat’ untuk beraksi bersama skuad B-23 walaupun sudah dipanggil menyertai skuad senior.
“Ketika zaman saya dahulu, kita ada juga pemain senior yang bermain untuk Harimau Muda B dan dua atau tiga pemain diturunkan untuk membantu memperkemas pasukan itu. Jadi situasi itu bukanlah satu masalah.
“Bukan istilah ada pemain tak boleh main skuad muda kerana sudah bersama skuad senior kerana apa-apa pun, ia tetap pasukan kebangsaan,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- PAS letak syarat kerjasama dengan UMNO
- Wanita histeria cuba simbah air ke arah Jokowi
- Video ‘panas’ Zarul Imran kembali tular
- Untuk menang pilihan raya, Pas setuju tukar agenda negara Islam
- Lelaki ceroboh rumah Nabil untuk lepak didenda RM3,000
- Abang Tesla kena ‘sound’ , ingat pertandingankah ini?
- Ramai malu lihat COEX buat persembahan depan pelajar tahfiz
- Penceramah PAS tarik balik rayuan, akur aset TH tidak dijual pada bukan Islam
- Saya cukup kecewa – Fazura
- Perlu kaji semula tuduhan terhadap Najib – Zahid
- Terbangkan 40 staf ke Korea, Aeril Zafrel belum mahu bersara
- Peguam Negara bercuti sementara tunggu bersara
- Malu wajah tular, pengantin enggan bayar perancang perkahwinan
- Guru terkejut pelajar ajak kahwin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.