Nabila Razali kini tunang ahli perniagaan

Penyanyi Nabila Razali dikatakan telah mengikat pertunangan dengan ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta litar Formula, Nik Iruwan Nik Izani, malam kelmarin.

Menurut sumber, majlis yang hanya membabitkan ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak berlangsung di rumah baharu Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 30, di Selayang.

“Betul dia dah bertunang. Tapi, pengesahan perlu datang dari bibir dia sendiri sebab hal peribadi,” ujar sumber terbabit.



Daripada perkongsian saudara terdekat lelaki yang berjaya menawan hati pelantun lagu Peluang Kedua itu, jelas majlis tertutup tersebut diserikan pelamin kecil dan disertakan acara bertukar dulang hantaran.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh mereka disatukan, namun ada yang menyatakan hari bahagia itu bakal berlangsung tahun depan.

Sebelum ini mereka bijak menyembunyikan perhubungan, namun peminat pernah terserempak dengan pasangan terbabit di Genting Highlands, baru-baru ini.

Malah maklumat daripada pengikut tegar Nabila yang mesra disapa Bella itu mendakwa kedua-duanya baru beberapa bulan serius menjalin percintaan.



Kecenderungan sama iaitu menggemari sukan permotoran antara perkara yang mengeratkan lagi hubungan dua individu popular ini.

Daripada carian maklumat, Nik Iruwan yang berusia 37 tahun adalah pemegang Ijazah Pemasaran dari Universitiy of Hertfordshire, United Kingdom.

Selain terbabit dalam pembangunan pelumba negara melalui sukan go-kart sejak tahun 2008, Nik Iruwan turut menguruskan empayar perniagaan keluarganya.

Sementara itu, usaha Kosmo! Online mendapatkan pengesahan penyanyi berusia 30 tahun itu tidak berjaya apabila panggilan telefon serta WhatsApp tidak berbalas.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah



Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah

Berzina dengan ibu kandung



Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker