Wanita dipujuk kahwin lain ketika suami sedang sakit

 

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila rakan karib suaminya sanggup mengajaknya berkahwin ketika suaminya sedang terlantar sakit.

Menurut sebuah hantaran di laman Facebook, wanita yang tidak diketahui namanya itu mengakui dia berasa kecewa dan tertekan dengan tindakan sahabat baik suaminya itu.



“Saya sudah berkahwin dengan suami, juga sahabat baik saya dunia akhirat selama dua tahun. Namun, pada tahun lepas, rumah tangga kami diuji apabila suami disahkan menghidap kanser sarkoma Ewing tahap empat.

“Suami menjalankan rawatan seperti yang dijadualkan. Tetapi, pada suatu hari, kami diberitahu tumor sudah merebak ke bahagian tulang belakang dan menekan saraf tunjang. Akibatnya, suami tidak boleh berjalan seperti biasa,” katanya.

Bagaimanapun wanita tersebut berhadapan dengan dilema apabila rakan karib suaminya tiba-tiba mengajaknya untuk berkahwin atas alasan suaminya kini sudah tidak mampu berjalan, apatah lagi menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami.

“Sejujurnya, saya memang tak mahu kahwin lain. Jadi, saya terpaksa ‘block’ nombor telefon dan juga media sosial kawan suami. Namun, dia tidak mengalah. Dia guna pula nombor telefon lain untuk menghubungi saya.



“Sehingga hari ini, saya masih merahsiakan hal ini daripada pengetahuan suami. Saya tidak mahu dia sedih dan saya akan setia menjaga suami hingga ke hujung nyawa. Moga Tuhan lindungi kami sekeluarga,” katanya.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 1,500 tanda suka dan 131 komen.

Meninjau ruangan komen, orang ramai rata-ratanya bersimpati dan mendoakan yang terbaik untuk wanita tersebut.

“Inilah namanya orang yang mencari kesempatan dalam kesempitan. Nasib baik puan masih setia. Moga puan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda,” kata Salbiha.



“Tidak perlu berahsia dengan pasangan. Andai satu hari nanti kita difitnah, sekurang-kurangnya suami tahu cerita sebenar,” kata Humaira.

“Kawan makan kawan. Semoga puan terus kuat dan sayang suami walau apa jua dugaan yang mendatang,” kata Iman

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah

Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah



Berzina dengan ibu kandung

Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker