Dua selamat, Vellfire dan Axia terbakar selang 33 minit

Axia dan Vellfire yang musnah terbakar selepas terlibat kemalangan di Klang.

KLANG – Dua terselamat selepas kenderaan dipandu mereka termasuk kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire terbakar setelah terlibat dalam kemalangan selang 33 minit sekitar daerah ini, awal pagi tadi.

Kedua-dua mangsa berusia 20-an dan 39 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, panggilan kecemasan pertama diterima pukul 2.10 pagi melibatkan kemalangan di Lebuh Raya Pulau Indah, Taman Telok Godung Indah.

Katanya, berdasarkan maklumat awal mendapati kereta jenis Perodua Axia terbabas melanggar sebatang pokok di bahu jalan sebelum terbakar.



“Mangsa berusia 20-an berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan. Kebakaran kereta berjaya dipadam sepenuhnya pukul 2.40 pagi dengan anggaran kemusnahan 95 peratus,” katanya hari ini.

Menurut beliau, kebakaran kenderaan kedua diterima pukul 2.43 dengan tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja bergegas ke Jalan Perdana Indah.

Tambah Ahmad Mukhlis, MPV jenis Toyota Vellfire dipandu lelaki berusia 39 tahun dipercayai melanggar belakang kereta jenis Audi di laluan sama.

“Akibat kemalangan itu, Vellfire berkenaan terbalik dan terbakar sebelum api berjaya dikawal pukul 3.10 pagi. Kereta Audi tersebut yang tidak terbakar ditarik dan dibawa ke balai polis dengan pemandunya juga tidak cedera,” jelasnya



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah



Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah

Berzina dengan ibu kandung



Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker