Azwan Ali disihir, badan rasa seperti dibakar
Azwan Ali disihir, badan rasa seperti dibakar
Selebriti tanah air, Azwan Ali enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu panas baru baru ini yang membabitkan dirinya dan pelakon, Rozita Che Wan.
Azwan atau lebih mesra dengan panggilan Diva AA, menjelaskan bahawa dia tidak menuding jari malah sama sekali tidak menyebut nama mana-mana pihak dalam hantaran media sosialnya berhubung dakwaan dirinya disihir.
Saya tak sebut nama sesiapa. Saya adalah peguam dan bila kita tak sebut nama sesiapa, pusing ke mana pun, kita akan selamat. Dari segi undang-undang, tak ada kes. Lainlah kalau sebut nama begini, begini, jadi, memang boleh saman. Tapi, saya tak sebut sebarang nama yang sihirkan saya
Kerana apa yang sedang tular sekarang, mestilah pihak sana melenting. Aku sebut nama kau ke, ‘bedah’? Siapa makan cili, dia terasa pedas.
Bercerita mengenai keadaan dirinya, Azwan memberitahu ‘serangan’ terakhir yang dialaminya adalah pada awal pagi Jumaat.
Malam semalam, jam 2 pagi, demi Allah saya cakap, saya mengaku bahawa saya ‘diserang’. Mungkin mereka tak mahu saya muncul di acara hari ini. Tapi, kebesaran Allah mengizinkan saya di sini.
‘Saya sakit..Kenapa mesti marah sangat dengan saya?
Tambah pengacara, 57, dia kini ikhtiar dengan melakukan perubatan Islam bersama seorang ustaz. Azwan juga meluahkan rasa syukur atas doa orang ramai kepada dirinya.
Sebenarnya, saya sakit. Sakit, kalau ditanya memang sakitlah. Tergamaklah. Kenapa mesti marah sangat dengan saya? Memang saya mulut jahat. Saya akui. Tapi, tak payah sihir kot sebab terlalu sakit.
Ia bukanlah sisa-sisa rasa sakit atau apa, tetapi ‘serangan’ yang berulang. Dah setahun saya berubat dan saya okay sahaja. Tapi, sejak minggu lalu, saya ‘diserang’ semula.
Saya rasa pelik sangat sebab saya tak dapat berjalan dan rasa badan saya seperti dibakar. Orang akan cakap, sikit-sikit, nak kaitkan dengan sihir. Orang bercakap begitu kerana mereka tak kena sendiri.
Sumber: Harian Metro
Azwan Ali disihir, badan rasa seperti dibakar
Baca Artikel Menarik:
- Amelia Henderson patah jari kaki
- ‘Bagi balik helmet ‘fullface’ anak aku’
- Peperiksaan SPM 2023 bermula 5 Disember
- Adun Umno Melaka hadiri majlis pelancaran jentera PN
- Suami Intan Najuwa nampak muda lepas kahwin
- Dah melampau dia ni, nak saman ke tak – Che Ta tanya netizen
- Menantu Zainal Abidin dedah betapa kejamnya bekas suami
- Nad jangan jadi sombong
- Akaun bank Hamzah Zainudin dan keluarga dibekukan LHDN
- Hidayah naik angin Ali Puteh nak bagi motosikal ganti duit
- Motivator umpan pelajar lakukan seks (Video)
- UMNO TIDAK BELA NAJIB?
- Punca Intan Najuwa tak pergi ‘honeymoon’
- Siti Elizad sebak cerita susahnya dapat zuriat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET