Warisan, Umno bincang pakatan hadapi PRN Sabah

Warisan, Umno bincang pakatan hadapi PRN Sabah

Warisan berada pada peringkat awal perbincangan bersama Umno untuk mempertimbang kemungkinan kerjasama pada PRN Sabah yang mesti diadakan sebelum Disember 2025.

Ketua Penerangan Warisan Azis Jamman berkata, parti itu masih mempertimbang kemungkinan pakatan dengan pelbagai parti lain bagi menghadapi pilihan raya kelak.



“Setakat ini, kami berkomunikasi dengan Umno bagi melihat sama ada wujud persetujuan dan persefahaman bersama (yang dapat dicapai) antara dua parti ini bagi menghadapi Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” katanya kepada FMT.

Katanya, perbincangan masih pada peringkat awal, dan kepimpinan Umno serta Warisan masing-masing akan membuat pengumuman rasmi lebih hampir dengan tarikh PRN kelak.

Bekas Ahli Parlimen Sepanggar itu berkata, buat masa ini Warisan berpuas hati dengan peranannya sebagai pembangkang di Sabah, menjadi pihak semak dan imbang kepada pentadbiran pimpinan GRS.

“Seperti dinyatakan dalam mesyuarat sekretariat kerajaan perpaduan pada peringkat persekutuan, kami akan sokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim memimpin kerajaan persekutuan.



“Tetapi pada peringkat negeri, kami puas hati main peranan sebagai pembangkang,” katanya.

Pada 17 Ogos, Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor berkata, gabungan pemerintah negeri merancang mengguna pakai pendekatan “kerajaan perpaduan” pada PRN akan datang.

Beliau menekankan pentingnya perpaduan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), dengan matlamat bersama untuk membangunkan Sabah dan rakyatnya.

Pada Januari, tercetus spekulasi bahawa kerajaan Sabah akan tumbang susulan desas-desus bahawa BN Sabah pimpinan timbalan ketua menteri ketika itu, Bung Moktar Radin, sedang berbincang lebih lanjut dengan Warisan untuk menggulingkan Hajiji.



Langkah itu bagaimanapun memakan diri apabila enam Adun Umno Sabah enggan menyatakan sokongan menggulingkan kerajaan negeri.

Sementara itu, Aziz berkata, Warisan sedang fokus pada mengukuhkan dan mengatur sumbernya dalam menghadapi kemungkinan berlaku pilihan raya kilat di negeri itu.

“Kami melakukan lawatan seluruh negeri bagi membantu ahli parti faham objektif kami, menjelaskan isu semasa, mendaftarkan ahli baharu dan sebagainya, supaya kami lebih bersedia jika berlaku pilihan raya kilat,” katanya. BH

Warisan, Umno bincang pakatan hadapi PRN Sabah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sajat sekolahkan Abang Tesla, terkedu dibuatnya



Isteri kedua Abang Tesla kena ‘sound’ dengan Noorkhiriah

10 tahun tunggu zuriat, isteri meninggal 3 bulan selepas bersalin [VIDEO]



Fasha Sandha galak bergoyang lepas ramping?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker