Pemimpin Pas tamak kuasa – Kamil

Pemimpin Pas tamak kuasa – Kamil

KUANTAN – Rakyat terutamanya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dinasihatkan agar membuka mata dan menilai sikap segelintir pemimpin yang hanya ingin memegang kuasa tanpa pedulikan penduduk.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Mohd Kamil Ibrahim berkata demikian menyelar tindakan Pesuruhjaya Pas Pahang yang dilihat sebagai tamak untuk menambah kerusi Perikatan Nasional (PN) ke 18 dengan mahu menguasai kerusi DUN Pelangai yang kosong.



Kerusi berkenaan kosong ekoran kematian Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam baru-baru ini.

“Kita sama-sama nilaikanlah sikap yang tamakkan kuasa bertopengkan agama terus cerita pasal mahu kerusi. Tak menghormati mangsa-mangsa dan waris-waris.

”Kalau kita semak di kawasan-kawasan yang ADUN Pas menang di Pahang ini kebanyakan kebajikan rakyat di bawahnya tidak terbela. Tiada idea pembangunan, keprihatian dan kebajikan kepada rakyat yang penting mereka mahu kuasa menjadi ADUN lepas tu tinggal.

”Saya pesan kepada orang Pelangai, ingatlah jasa dan pengorbanan arwah (Johari) selama ini. Jangan biarkan Pelangai menjadi seperti kawasan lain yang diwakili ADUN Pas di Pahang hanya pandai bercakap tapi kebajikan tidak dijaga,” kata Mohd Kamil menerusi kenyataan hari ini.



Menurutnya, sebagai contoh di DUN Cheka di mana Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri sebagai ADUN dilihat gagal turun padang memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

”Nak nampak muka ADUN Cheka pun susah di kawasan. Rakyat DUN Cheka terpaksa mangadu nasib kepada wakil-wakil Menteri Besar di kawasan beliau. Sama juga berlaku di DUN lain di bawah wakil rakyat Pas.

”Kita ini berpolitik ada adab, amanah dan tanggungjawab. Kalau nak kuasa tetapi tidak menjaga rakyat di bawah saya kira berhentilah bercita-cita menjadi pemimpin,” tambahnya. MG

Pemimpin Pas tamak kuasa – Kamil



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sajat sekolahkan Abang Tesla, terkedu dibuatnya



Isteri kedua Abang Tesla kena ‘sound’ dengan Noorkhiriah

10 tahun tunggu zuriat, isteri meninggal 3 bulan selepas bersalin [VIDEO]



Fasha Sandha galak bergoyang lepas ramping?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker