UMNO Nokia atau iPhone? Syahir kena bahan dengan netizen

UMNO Nokia atau iPhone? Syahir kena bahan dengan netizen

Penolong Setiausaha Agung Pas Mohd Syahir Che Sulaiman dinasihatkan supaya tidak menyibuk urusan dalaman UMNO.

Ahli Parlimen Bachok itu hanya perlu fokus terhadap parti Pas dan beberapa penyelewengan yang didakwa dilakukan oleh Perikatan Nasional.



“Yang engkau nak sibuk pasal UMNO tu kenapa? Biaq pi lah depa nak lagu mana? Kau jaga Pas tu dahlah. Tengok kalau ada sesiapa yang sangkut bab kes penyelewengan Jana Wibawa,” kata Zakaria Yahaya.

“Pas buatlah kerja Pas. UMNO buat kerja UMNO. Bukan suruh berpolitik 24 jam. Banyakkan lagi aktiviti bersama masyarakat terutama di kawasan sendiri. Fokus bab rakyat, terutama di kawasan sendiri. Bukannya hang sibuk bab UMNO, Nokia, iPhone. Hang dulu phone pun tak pakai, kanyaqq lagi. Fokus buat kerja okey?” nasihat Abam Kay.

“Pandai la depa nak jaga gajet depa. Nak reset ke, nak restart ke, nak dispose ke. Fokus kat kerja sendiri. Fokus bawak balik rakyat kembali ke negeri kaya masing-masing. Kesian rakyat terpaksa berhijrah ke negeri-negeri yang nampak je kaya, tapi sebenarnyer ramai yang miskin bandar,” kata Norazman Nordin.

“Pas bila kuat dah mula tunjuk belang. PPBM pun hanya menumpang aura Pas. Now nak sekolahkan UMNO pulak. Biarlah UMNO mati,” sindir Ibnu M Ghazali.



“Sampai MP Pas pun mengambil tahu hal UMNO? Ingatkan sekadar taraf cybertrooper dalam page Menteri Besar Terengganu dan Kelantan saja yang bersungguh komen tentang hal UMNO. Soalan saya, siapa calon PM dari PN nanti?” tanya Mohd. Asri Yusof.

Netizen membuat teguran itu selepas Mohd Syahir membuat perbandingan UMNO dengan jenama Nokia dan iPhone.

Mohd Syahir juga seolah-olah mendesak 3.5 juta ahli UMNO dan 26 Ahli Parlimen parti itu memilih untuk ‘restart‘ atau ‘power off‘ selepas rakyat dan pengundi muda membuat pilihan dalam pilihan raya lalu.

Sementara itu ada juga yang menasihatkan Mohd Syahir supaya tidak cuba mencetuskan episod ‘tebuk atap’ untuk menumbangkan Kerajaan Persekutuan.



Beliau diminta untuk terus memainkan peranan sebagai ahli parlimen yang melakukan semak dan imbang.

“Tak perlulah sibukkan lagi. PN teruskan berfungsi sebagai semak dan imbang. Nak tebuk atap apa lagi sekarang ni. Tak semestinya pilihan pengundi muda tu betul,” kata Zamry Al Zayni.

“PRU sudah abis. Sudah-sudahlah nak tebuk atap. Jadi la YB gentleman. Sekarang masa berkhidmat YB. Jadi pembangkang yang effective. Semak imbang kerajaan. Bukan tebuk atap menggugat kestabilan negara. Ingat debat YB dengan Rafiz. Asasnya kestabilan bukan tebuk atap,” komen Izham Ishak.

“Fokus je buat keje YB. tunjukkan improvement PRU akan datang. Tak perlu nak harapkan parti lain untuk ambil alih kerajaan.. Tak perlu gelojoh YB. Jadikan pengajaran tebuk atap 1.0. Adakah kerajaan yang stabil waktu tu?” soal Shamsuddin Wahab. MG



UMNO Nokia atau iPhone? Syahir kena bahan dengan netizen

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sajat sekolahkan Abang Tesla, terkedu dibuatnya



Isteri kedua Abang Tesla kena ‘sound’ dengan Noorkhiriah

10 tahun tunggu zuriat, isteri meninggal 3 bulan selepas bersalin [VIDEO]



Fasha Sandha galak bergoyang lepas ramping?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker