Che Ta Pot Pet saman Iddin Syah, tuntut RM16 juta

Che Ta Pot Pet saman Iddin Syah, tuntut RM16 juta

Usahawan kosmetik dikenali sebagai Che Ta Pot Pet, memfailkan saman fitnah sambil menuntut RM16 juta daripada usahawan yang juga pempengaruh, Iddin Syah, di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Che Ta atau nama sebenarnya, Rozita Baharom, 36, turut menfailkan permohonan injuksi supaya Iddin berhenti memuat naik kenyataan serta memadam hantaran termasuk video, yang didakwa berunsur fitnah terhadap dirinya sejak Julai lalu.



Peguam, K Mahendran, yang mewakili Rozita, berkata dalam tuntutan yang difailkan, anak guamnya menuntut permohonan maaf daripada Iddin secara terbuka menerusi platform media sosial, termasuk akaun TikTok dan Instagram miliknya.

“Kami juga mendapatkan injuksi terhadap defendan untuk memadam segala video yang memburukkan nama anak guam saya di mana-mana platform sehingga kes selesai serta merta,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu Rozita diwakili Mahendran dan P Vaasu, mengemukakan permohonan itu di hadapan Hakim P Anand.

Hakim mempersoalkan mengapa tuntutan itu dikemukakan terus ke Mahkamah Tinggi dan berpandangan permohonan sedemikian lebih wajar sekiranya dilakukan di peringkat Mahkamah Sesyen.



Bagaimanapun atas budi bicaranya, hakim membenarkan permohonan injuksi yang melarang defendan memuat naik sebarang hantaran atau kandungan berkaitan plaintif sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan tarikh 4 September ini untuk pendengaran inter-parte antara kedua belah pihak berhubung tuntutan tersebut.

Sebelum ini portal hiburan mStar, melaporkan Iddin Syah, mendakwa dirinya diperdaya rakan niaga yang juga seorang penyanyi iaitu Rozita sebanyak RM150,000.

Iddin turut mendakwa individu terbabit gagal membuat bayaran semula jumlah yang telah dijanjikan bagi tujuan pembayaran sebuah perkhidmatan, selain telah membuat laporan polis berhubung isu tersebut. BH



Che Ta Pot Pet saman Iddin Syah, tuntut RM16 juta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Beberapa pihak cepat melompat macam kera suka seolah-olah kami gagal – TMJ



Caprice kata ‘kamu ingat Kerajaan Malaysia macam spender’

Hairul Azreen berhenti berlakon



Gugurnya Air Mata Khai Bahar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker