Sanusi pegang 8 portfolio exco berbanding 7 sebelum ini
Sanusi pegang 8 portfolio exco berbanding 7 sebelum ini
Menteri Besar Kedah Sanusi Nor mengetuai istiadat mengangkat sumpah exco negeri dengan memegang jumlah portfolio terbesar, iaitu lapan berbanding tujuh pada penggal sebelum ini.
Adun Jeneri itu mengekalkan portfolio perancang negeri, hal ehwal tanah, mineral dan geosains, hasil bumi, kewangan, syarikat berkaitan kerajaan, majlis tindakan ekonomi negeri, dan pembangunan Kedah 2035; dengan tambahan portfolio kerjasama luar.
Turut dilantik semula Siti Aishah Ghazali (Adun Merbau Pulas), Halimaton Shaadiah Saad (Adun Bukit Kayu Hitam) dan Mohamad Yusoff@Munir Zakaria (Adun Kuala Nerang) yang kekal memegang portfolio disandang mereka sebelum ini.
Siti Aishah memegang portfolio luar bandar, kemiskinan dan pembangunan insan; Halimaton (kebajikan, wanita, keluarga dan masyarakat, perpaduan); manakala Yusoff (kerja raya, sumber asli, bekalan air, sumber air dan alam sekitar).
Barisan Exco turut menampilkan tujuh muka baharu, iaitu Mohd Azam Abd Samat (Adun Sungai Limau); Dr Haim Hilman Abdullah (Adun Jitra); Mansor Zakaria (Adun Kuala Ketil); Dzowahir Ab Ghani (Adun Suka Menanti); Salleh Saidin (Adun Kubang Rotan); Radhi Mat Din (Adun Alor Mengkudu); dan Wong Chia Zhen (Adun Kulim).
Seramai 11 ahli mesyuarat kerajaan negeri Kedah mengangkat sumpah di hadapan Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Balai Menghadap Besar, Istana Anak Bukit, hari ini.
Tujuh exco mewakili PAS, tiga mewakili Bersatu dan satu daripada Gerakan.
PN membentuk kerajaan negeri selepas menang 33 daripada 36 kerusi DUN pada PRN 12 Ogos.
PAS menguasai sebahagian besar DUN Kedah dengan 21 kerusi, sementara Bersatu (11), Gerakan (1), PKR (2), dan DAP (1).
Berikut ialah senarai penuh exco Kedah:
Sanusi Nor (perancang negeri, hal ehwal tanah, mineral dan geosains, hasil bumi, kewangan, syarikat berkaitan kerajaan, majlis tindakan ekonomi negeri, pembangunan Kedah 2035 dan kerjasama luar);
Siti Aishah Ghazali (luar bandar, kemiskinan dan pembangunan insan);
Mohd Azam Abd Samat (pendidikan, agama, komunikasi dan penerangan);
Dr Haim Hilman Abdullah (industri dan pelaburan, pengajian tinggi; sains, teknologi dan inovasi);
Halimaton Shaadiah Saad (kebajikan, wanita, keluarga dan masyarakat, perpaduan);
Mohamad Yusoff@Munir Zakaria (kerja raya, sumber asli, bekalan air, sumber air dan alam sekitar);
Mansor Zakaria (perumahan, kerajaan tempatan, kesihatan);
Dzowahir Ab Ghani (pertanian, perladangan, pengangkutan);
Salleh Saidin (pelancongan, kebudayaan, keusahawanan);
Radhi Mat Din (kepenggunaan dan kos sara hidup, belia dan sukan);
Wong Chia Zhen (sumber manusia; masyarakat Cina, India dan Siam; NGO) FMT
Sanusi pegang 8 portfolio exco berbanding 7 sebelum ini
Baca Artikel Menarik:
- Razlan nasihat Isham jadi matang dan jangan terburu-buru
- Akmal ‘budak’ Hisham, ini respon tuan punya badan
- Rider nahas pesawat terhempas dalam perjalanan hantar sup gearbox
- Pemain bola sepak tempatan dituntut bayar hutang RM100,000 (Video)
- Semua jenazah mangsa nahas pesawat di Elmina tidak sempurna
- Pesawat melencong sebelum terhempas
- ‘Baru Lepas Jumpa’ – Remy Ishak Sedih Dengan Berita Pemergian Pilot
- Foto kenangan terakhir sebelum nahas
- Video pesawat terhempas didedahkan, bukan tragedi pertama di Elmina [VIDEO]
- Vincent Tan peroleh perintah sekatan sementara terhadap Sanusi
- Isu Ambalat, Hajiji jawab tuduhan Adun Tungku
- Balik saja, jangan banyak alasan – Azam Baki
- Sajat Dicekup Polis Australia?
- Mimi Lana gila perhatian?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)
Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)