Lee Zii Jia naik angin, ‘Jangan nanti cakap saya besar kepala’!

Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia seolah-olah meluahkan rasa kecewa atas perkembangan isu baharu membabitkan pemain-pemain profesional dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Bekas juara Seluruh England (All England) itu menulis komen balas menerusi hantaran Instagram jurulatihnya, Wong Tat Meng yang mendakwa seperti dibuli ‘orang besar’ apabila BAM tidak membenarkan pakaian jenama sukan selain penaja badan induk itu.

“Jangan nanti cakap saya ‘besar kepala’ tak datang training pulak. Aishhhhh… susah ni nak jadi LZJ semua salah I (saya) pening,” katanya menerusi komen balas di status Tat Meng.



Komen berkenaan menerima tanda suka yang begitu banyak dengan rata-rata pengguna menyatakan sokongan terhadap tindakan Tat Meng dan Zii Jia.

Terdahulu, Tat Meng menyuarakan rasa terkejut dengan peraturan tersebut yang dikuatkuasa di kala pemain-pemain negara sedang melakukan persiapan bagi menghadapi Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark minggu depan.

“Sebelum Kejohanan Dunia, BAM memaklumkan pada kami bahawa mereka mewajibkan pemain profesional tidak memakai pakaian sukan jenama selain daripada penaja BAM jika mereka ingin menjalani latihan bersama pada hari Rabu.

“Saya benar-benar terkejut dengan peraturan ini memandangkan ianya dikuatkuasa ketika persiapan menjelang Kejohanan Dunia. Sejak Disember tahun lalu, BAM menjemput Zii Jia berlatih bersama pemain naungan BAM setiap Rabu dan kami berbesar hati kerana dapat mencapai situasi menang-menang termasuk membantu pemain BAM meningkatkan tahap mereka.



“Konflik penajaan bukan sahaja pertimbangan BAM, begitu juga untuk pasukan kami yang bukan sahaja melibatkan Zii Jia, malah barisan jurulatih serta pakar kecergasan dan fisio kami, disebabkan itu kami tidak dapat memenuhi jemputan latihan ke ABM sebelum ke Denmark,” ujarnya.

Ketika ini, BAM ditaja oleh syarikat peralatan sukan terkemuka, Yonex manakala Zii Jia menandatangani kontrak penajaan bersama Victor selepas dia meninggalkan badan induk itu untuk bergerak secara profesional awal tahun lalu

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca penceraian Aziz M Osman

Bakal doktor dicekup melacur



“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen

Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker