Jiran dari neraka! Bau busuk bela lebih 40 ekor kucing

Seorang wanita dituduh memelihara lebih 40 ekor kucing di sebuah unit pangsapuri perumahan awam di Ang Mo Kio, Singapura, sehingga menimbulkan bau yang tidak menyenangkan bagi penduduk di kawasan itu, lapor akhbar Shin Min Daily News kelmarin.

Pemilik haiwan itu didakwa mula mengumpul kucing sejak tiga tahun lalu sebelum bilangannya bertambah sejak akhir-akhir ini.

“Wanita itu dan suaminya berpindah ke rumah lain kira-kira setahun setengah yang lalu. Mereka meninggalkan kucing-kucing itu dan hanya kembali sesekali untuk memberi makan dan membersihkannya,” kata jiran-jirannya.



Mereka menambah, kucing-kucing itu juga pernah keluar beberapa kali dari unit flat tersebut dan sering menimbulkan kekecohan apabila ia bergaduh.

“Lebih-lebih lagi, masalah yang paling serius ialah najis kucing.

“Selagi anda melalui pintu utama mereka, anda boleh menghidu bau busuk. Bau itu sampai ke luar, justeru, penduduk tidak mempunyai pilihan selain menutup tingkap rumah,” kata beberapa jiran.

Dalam pada itu, Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA) memberitahu akhbar The Straits Times bahawa pihaknya telah dimaklumkan mengenai kes itu dan mereka telah menghubungi pemiliknya. – Agensi



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca penceraian Aziz M Osman



Bakal doktor dicekup melacur

“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen



Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker