Isu Ambalat, Wisma Putra disaran beri taklimat, penjelasan kepada semua ADUN Sabah

Isu Ambalat, Wisma Putra disaran beri taklimat, penjelasan kepada semua ADUN Sabah

Parti Maju Sabah (SAPP) menyarankan Wisma Putra memberikan taklimat dan penjelasan secara terperinci kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah berhubung isu Triti Laut Sulawesi antara Malaysia – Indonesia.

Presidennya, Datuk Yong Teck Lee, berkata perkara itu perlu dilakukan susulan kenyataan ADUN Tungku, Assaffal Alian, kononnya Kerajaan Pusat menyerahkan Blok Ambalat di Laut Sulawesi kepada Indonesia, baru-baru ini.



Katanya, media melaporkan Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin semalam menjelaskan semua rundingan membabitkan sempadan maritim negara yang dirundingi dan ditandatangani pada 8 Jun lalu ketika lawatan kerja Presiden Indonesia, Joko Widodo, dibuat secara bersama dengan kerajaan Sabah.

“Sama seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang sudah memberi taklimat kepada ADUN Sabah mengenai kes timbang tara tuntutan Sulu.

“Wisma Putra juga perlu memberi taklimat kepada ADUN Sabah mengenai isu Laut Sulawesi dan Ambalat. Saya harap kerajaan memahami mengapa rakyat Sabah begitu skeptikal dengan pengumuman daripada kerajaan Persekutuan kerana isu sebelum ini, iaitu kehilangan medan minyak di wilayah maritim Blok L dan M seluas dua juta ekar kepada negara jiran lain pada tahun 2010.

“Pada masa itu, media Malaysia melaporkan bahawa penyelesaian isu L dan M adalah sebagai pertukaran untuk Brunei menyelesaikan ‘Tuntutan Limbang’ (di Sarawak), tetapi penegasan ini kemudiannya dinafikan oleh negara Brunei,” katanya.



Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Susulan itu, Yong menegaskan rakyat negeri Sabah kini mahukan pengesahan fakta dan kebenaran daripada hanya menerima apa saja kenyataan rasmi daripada kerajaan.

Semalam, media melaporkan Wisma Putra menyifatkan dakwaan Assafal ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berhubung isu Ambalat adalah fitnah dan mengelirukan rakyat. BH

Isu Ambalat, Wisma Putra disaran beri taklimat, penjelasan kepada semua ADUN Sabah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca penceraian Aziz M Osman



Bakal doktor dicekup melacur

“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen



Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker