Melihat gambaran besar melangkaui keputusan PRN

Melihat gambaran besar melangkaui keputusan PRN

Napoleon Bonaparte, bekas maharaja Perancis dan dianggap sebagai salah seorang pemimpin tentera terbesar dalam sejarah, pernah merungut yang terdapat begitu sedikit negarawan di dunia ini.

Negarawan adalah mereka yang bukan sahaja menunjukkan kehebatan sebenar dalam melaksanakan kuasa tetapi tidak akan menggunakan kepicikan (seperti menggunakan kad bangsa, agama dan jantina) untuk memperolehi kuasa. Hanya sebilangan kecil ahli politik di dunia ini yang layak menjadi negarawan.



Oleh itu, memenangi pilihan raya sahaja tidak semestinya bermakna ahli politik yang menang melakukan perkara yang betul. Sudah tentu kehendak demokrasi pengundi mesti dihormati, tetapi demokrasi sebenar lebih daripada itu.

Kekuasaan dan “tirani majoriti” sering terbukti menindas dan tidak adil terhadap minoriti di banyak negara, terutama apabila minoriti tersebut tidak tersusun dengan baik dan hanya ada sedikit semak dan imbang terhadap pada kuasa yang ada.

Mereka yang tidak belajar daripada sejarah akan sentiasa gagal dalam apa sahaja yang mereka mahu lakukan, walaupun akan berlaku kebinasaan lingkungan (collateral damage) terhadap orang yang tidak bersalah.

Menganalisis hasil PRN



Mungkin aspek paling positif daripada PRN yang baru selesai ialah ia berjalan dengan aman tanpa sebarang insiden besar yang tidak diingini, menandakan tahap kematangan demokrasi dan rakyat kita.

Walaupun status quo kesemua enam kerajaan negeri kekal sama, PN bukan sahaja telah memperoleh majoriti yang lebih besar di negeri-negeri yang kebanyakannya diduduki Melayu di Kedah, Terengganu dan Kelantan, mereka juga telah menambah kerusi di negeri-negeri yang lebih berbilang budaya dan maju iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Adalah menyedihkan untuk melihat besarnya polarisasi kaum sehingga hari pengundian dan jurang geografi yang besar di negara kita hari ini, walaupun selepas 66 tahun merdeka.

PRN menyaksikan permainan kad kaum dan agama secara meluas, yang merupakan “no-brainer” seperti yang ditunjukkan oleh ramai pemimpin lain yang tidak bertanggungjawab di seluruh dunia.



Ia tidak memerlukan profesor politik atau sosiologi untuk memberitahu anda bahawa helah dan tipu daya lama ini untuk mengkambinghitamkan dan mempermainkan ancaman kaum yang tidak wujud oleh kaum minoriti, nampaknya selalu memihak kepada golongan pelampau, sekurang-kurangnya untuk satu tempoh masa sehinggalah lebih ramai orang menyedari keadaan sebenar.

Wajar bagi seorang pemimpin untuk mempertahankan atau memperjuangkan hak komuniti etniknya daripada sebarang penindasan atau ketidakadilan, tetapi untuk mencipta “bogeymen” palsu bagi menakut-nakutkan dan memaksa etniknya menyokong dirinya adalah pemimpin yang muflis moral, tidak adil dan jahat.

Gesaan terhadap pembaharuan sebenar dan transformasi sesetengah parti politik untuk memperbaiki diri dan mengikuti perkembangan zaman adalah satu langkah ke arah yang betul.

Bagaimanapun, ada ahli politik yang menggesa pucuk pimpinan Umno digulingkan kerana sokongan yang semakin merosot dalam kalangan masyarakat Melayu.



Seruan ke arah perubahan radikal dalam kepimpinan Umno hanya berdasarkan keputusan PRN adalah terlalu mudah. Ia juga boleh membawa kesan negatif terhadap kestabilan kerajaan perpaduan.

Jika kita mengimbas kembali PRU15 pada November 2022, jika bukan kerana langkah strategik kepimpinan Umno sekarang (ya, mereka tidak sempurna), tidak akan wujud kerajaan perpaduan hari ini yang turut terdiri daripada gabungan parti utama dari Sarawak dan Sabah.

Ramai penganalisis bebas takut untuk memikirkan apakah alternatif yang ada sekiranya Umno tidak bekerjasama dengan PH ketika itu.

Negara memerlukan kestabilan politik yang lebih baik dan pembangunan ekonomi yang mantap bagi memastikan rakyat semua kaum mempunyai pekerjaan yang selayaknya, makanan di atas meja, perumahan, pendidikan dan keperluan asas lain. Ini sepatutnya menjadi keutamaan semua parti politik. Hal-hal lain adalah sekunder.



Melangkah ke depan untuk negara

Setiap parti politik mesti diberi peluang untuk melakukan pembaharuan dan merekayasa semula diri agar kekal relevan dengan perubahan dinamik yang berlaku di negara kita dan di seluruh dunia.

Kita hidup dalam era globalisasi dan ketersambungan. Isu penting, perubahan dan peristiwa di seluruh dunia tidak boleh disapu di bawah permaidani. Ahli politik dan pemimpin perlu berubah atau menyesuaikan diri dengan masa atau rakyat akan menyingkirkan mereka.

Kalangan pemimpin yang sederhana mungkin tidak senang dengan imej ekstremis yang terpalit pada parti mereka. Kita mesti memberi mereka peluang dan ruang untuk menangani isu itu secara dalaman, tanpa pengaruh luar yang tidak wajar.



Negara mesti beralih daripada politik kaum dan ke arah perwakilan merentas kaum. Saya telah menulis artikel akhbar yang diterbitkan pada Februari 2019 bertajuk “An MP Must Speak For Every Race”. Kita mesti membuang tanggapan bahawa ahli politik hanya mampu mewakili kaumnya sendiri, atau pemimpin daripada kaum tertentu tidak boleh dipercayai atau diharap untuk mewakili kaum lain.

Prinsip penting demokrasi berparlimen kita ialah seorang wakil rakyat mempunyai akauntabiliti dan tanggungjawab yang sama terhadap setiap orang tanpa mengira kaum di kawasannya.

Sebagai seorang bukan Islam, saya telah berjuang selama bertahun-tahun untuk umat Islam yang ditindas, terutama untuk hak-hak sah rakyat Palestin menentang pencerobohan dan penindasan Zionis.

Apabila Donald Trump menjadi presiden AS pada 2017, dia menyasarkan dan melabelkan orang Islam sebagai pelampau atau pengganas yang berpotensi dan dia secara agresif mempromosikan Islamogobia, satu bentuk perkauman yang keji.

Saya telah menulis banyak artikel akhbar untuk menjelaskan apa itu Islamofobia dan untuk mendedahkan serta mengutuk pembohongan, penyelewengan dan stereotaip negatif Trump terhadap umat Islam.

Untuk mencapai masyarakat yang lebih berbilang budaya, harmoni, telus dan jujur, perkara penting lain yang perlu ditangani adalah sistem pendidikan kita yang “tidak dapat menyesuaikan diri”, yang telah mengakibatkan banyak masalah yang kita hadapi hari ini dalam politik dan sektor lain. .

Saya telah menulis artikel yang diterbitkan pada Januari 2019 bertajuk “Why Our Education System Needs An Overhaul” untuk menjelaskan bagaimana kegagalan sistem pendidikan kita untuk meningkatkan pengetahuan, pandangan dan kemahiran komunikasi terutamanya masyarakat Melayu ke tahap yang lebih kompetitif dengan ketara, yang telah menyebabkan mereka ketinggalan dan menimbulkan rasa dendam terhadap kaum lain.

Jika kita serius mahu mempunyai ahli politik yang berintegriti, berpandangan progresif dan berkeupayaan besar untuk masa depan dan ekonomi yang lebih produktif, kita mungkin perlu merombak sistem pendidikan kita untuk mencapai standard setinggi yang mungkin.

Sudah 66 tahun kita merdeka dan 60 tahun sejak pembentukan Malaysia dengan Sarawak dan Sabah yang pelbagai budaya, yang bertindak sebagai benteng menentang ekstremisme budaya.

Kita adalah sebuah negara kecil dengan 34 juta orang, dalam dunia yang sangat kompetitif. Semua kaum kita perlu bersatu dan bekerjasama dengan cekap untuk menangani ancaman dalaman dan juga cabaran luar globalisasi dan geo-politik.

Kita tenggelam atau berenang bersama sebagai sebuah negara berbilang kaum. Mk

KK TAN

KK TAN adalah penganalisis korporat, politik dan geopolitik selama lebih 30 tahun. Dia pernah menjadi CEO GLC dan syarikat multinasional, serta penasihat strategik global di fima perisian terkemuka.

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca penceraian Aziz M Osman

Bakal doktor dicekup melacur

“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen

Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker