Awas perangkap psikologi Indonesia

Awas perangkap psikologi Indonesia

Skuad bawah 23 (B-23) negara diingatkan supaya tidak terjerat dengan perangkap yang cuba dipasang Indonesia dalam saingan Piala AFF B-23 2023.

Ia susulan ada laporan dari media negara itu bahawa skuad muda Garuda terpaksa menyenaraikan pasukan kedua kerana kebanyakan kelab enggan melepaskan pemain tonggak mereka bagi Piala AFF B-23 di Thailand.



Pengurus skuad B-23 negara, Datuk Seri Shahril Mokhtar bagaimanapun menyifatkan laporan itu mungkin hanya perang psikologi yang cuba dimainkan pasukan Indonesia.

Sebaliknya, beliau percaya Indonesia tetap akan tampil dengan skuad terbaik berdasarkan status pasukan pilihan selepas memenangi pingat emas Sukan SEA Kemboja, Mei lalu.

“Ia permainan psikologi, sudah tentu Indonesia mempunyai sasaran kerana mereka adalah juara di Sukan SEA baru-baru ini.

“Saya yakin serta pasti mereka ada sasaran tersendiri,” katanya sebelum bersama skuad B-23 negara yang terbang ke Bangkok, Thailand, hari ini.



Harimau Malaya B-23 akan memulakan saingan Kumpulan B berdepan Indonesia di Stadium Rayong Provincial, Thailand, Jumaat ini sebelum menentang Timor Leste pada Selasa.

Selain itu, Shahril menjelaskan bahawa skuad E Elavarasan bersedia menghadapi Piala AFF B-23 kali ini dan sudah belajar dari prestasi kurang baik di Sukan SEA Kemboja.

“Selepas dilantik sebagai pengurus pasukan, saya lihat barisan kejurulatihan yang diketuai Elavarasan sedar apa yang sudah terjadi dalam Sukan SEA Kemboja.

“Barisan kejurulatihan memahami dan menyedari apa kesilapan dan ingin membaikinya, ia perkara yang bagus untuk pasukan,” katanya. BH



Awas perangkap psikologi Indonesia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca penceraian Aziz M Osman



Bakal doktor dicekup melacur

“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen



Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker