RM70,000 wang jualan diragut, peniaga berputih mata

KOTA BHARU – Seorang peniaga kedai runcit berputih mata apabila wang hasil jualan dianggarkan berjumlah RM70,000 dipercayai diragut ketika dalam perjalanan ke sebuah bank di Jalan Kebun Sultan dekat sini pada Isnin.

Kejadian jam 10.45 pagi itu berlaku ketika mangsa sedang menunggang motosikal dan membawa beg plastik hitam mengandungi wang tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah dihampiri oleh suspek yang menunggang motosikal sebelum bertindak melarikan plastik hitam berserta dua telefon bimbit yang diletakkan di dalam bakul.



“Suspek disyaki merupakan seorang lelaki, tinggi lebih kurang 170 cm dan bertutur dalam loghat Kelantan.

“Sewaktu kejadian suspek menunggang sebuah motosikal berwarna hijau atau hitam, memakai jaket serta berseluar dan bertopi keledar warna gelap,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, kes terbabitt disiasat bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan dengan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai empat belas tahun, dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Beliau berkata, pihak polis memandang serius berkenaan kejadian ini dan pihaknya sedang giat menjalankan operasi dalam usaha mengesan dan menangkap suspek terlibat.



Mohd Rosdi memberitahu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai suspek diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 011-65577511 atau 09-7752200 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sebab UMNO kalah teruk

Kamal Adli takut buka media sosial



Sharnaaz, Amelia kongsi momen jatuh cinta

Bikini Amy Nur Tinie bikin panas



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker