PRN: Lelaki sindrom Down teruja keluar mengundi

SEKINCHAN – Meskipun kurang upaya, seorang lelaki sindrom Down teruja dan gembira kerana dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor hari ini.

Lim Wei Hoong, 33, mengundi di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yoke Kuan, di sini pada 9 pagi bersama-sama dua adik perempuannya.

“Saya sangat happy (gembira),” katanya yang ditemui Bernama di pusat mengundi berkenaan.



Seorang daripada adik perempuan Wei Hoong yang hanya mahu dikenali sebagai Lim berkata, ini merupakan kali kedua abangnya mengundi.

“Dari semalam lagi dia (Wei Hoong) sudah bertanya mengundi di mana dan pukul berapa mahu pergi mengundi. Hari ini dia bangun sangat awal.

“Kami tidak mengajarnya cara mengundi kerana dia memang tahu bagaimana caranya. Dia juga mempunyai calon pilihannya sendiri,” katanya.

Pada PRN hari ini, kerusi DUN Sekinchan menyaksikan saingan satu lawan satu antara penyandangnya Ng Suee Lim daripada Pakatan Harapan dan Datuk Goh Gaik Meng daripada Perikatan Nasional.



Sementara itu di KUALA TERENGGANU, seorang lagi pengundi sindrom Down, Rubee Nur Amirah Ahmad, 30, turut bersemangat menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam dan Parlimen Kuala Terengganu.

“Seronok. Saya tak sabar nak tunjuk jari berdakwat kepada cikgu di sekolah,” katanya kepada Bernama di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang Tiga.

Ibunya, Rabiah Ismail, 60, berkata, walaupun Rubee Nur Amirah yang mesra dipanggil Kak Mi tidak memahami proses mengundi dan sistem pilihan raya, dia teruja untuk bersiap awal pagi tadi.

“Kami galakkan Kak Mi (mengundi), tidak kisah sama ada dia orang kurang upaya atau tidak kerana satu undi itu penting untuk masa depan negeri dan negara.



“Ini kali kedua Kak Mi mengundi, yang pertama pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas,” kata Rabiah dan menambah anaknya mengundi di saluran satu.

Pada PRN Terengganu, kerusi DUN Wakaf Mempelam menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara penyandang Wan Sukairi Wan Abdullah daripada Pas dan Wan Muhamad Haikal Wan Ghazali daripada PKR.

Bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim daripada Pas menentang Azan Ismail (PKR) selepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangannya pada Pilihan Raya Umum ke-15 atas dakwaan wujud elemen rasuah sewaktu berkempen.



 

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lepas pakai tudung, tak dapat job sampai kereta kena tarik – Lisdawati

Sayangnya Hidup Dah Habis Dengan Kau Lelaki – Zarina Zainuddin



Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Rozita Che Wan mengamuk, ‘bab* mana buat cerita ni’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker