Jiran selamba parkir trak rosak di garaj buat lelaki bingung

Seorang pemilik rumah berada dalam kebingungan selepas jirannya meminta untuk meletakkan sebuah trak pikap di tepi garajnya, namun kemudian meninggalkannya di situ selama hampir dua bulan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Jiran tersebut sebelum ini dikatakan memberitahu bahawa trak  itu hanya akan diparkir selama beberapa minggu.

Namun, ia telah dibiarkan terlalu lama, bahkan jirannya turut menanggalkan keempat-empat tayar kenderaan itu, menyebabkan ia seperti berada di hartanah tersebut dalam tempoh lama.

Tidak pasti bagaimana untuk menangani situasi itu, individu tersebut meminta pandangan para pengguna laman perbincangan sosial, Reddit.

“Jiran saya berkata ‘adakah anda keberatan jika saya meletakkan trak di sebelah garaj selama beberapa minggu sehingga saya mengalihkannya?’ Kini, sudah  hampir dua bulan dan dia baru menanggalkan tayar kenderaan itu,” tulisnya.

Dia turut berkongsi gambar pikap tanpa roda itu dan sampah bertaburan di bahagian dalam kenderaan berkenaan.

“Di negeri saya, kenderaan boleh dialih keluar dari premis selepas tujuh hari dan selepas 30 hari, kenderaan itu dianggap terbengkalai serta pemilik hartanah boleh memulakan proses menjual kenderaan itu,” kata seorang pengguna.

“Beri dia notis, kemudian dalam seminggu anda mempunyai pilihan,” kata pengguna lain. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan

Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen

Saya redha diceraikan Rosland

“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker