Sanusi cari publisiti dengan gaduh dengan pemimpin, negeri tak jaga sangat pun
Sanusi cari publisiti dengan gaduh dengan pemimpin, negeri tak jaga sangat pun
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Md Nor disifatkan sebagai individu yang terlalu mengejar populariti dan kedudukan bagi menaikkan namanya di mata rakyat.
Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri Rakyat (DUN) Tanjung Dawai, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, antara strategi Muhammad Sanusi pada mulanya untuk meraih populariti apabila bergaduh dengan Tuanku Mahkota Johor (TMJ), Tuanku Ismail Sultan Ibrahim.
Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Kedah berkata, Naib Presiden Pas itu seterusnya mencari lawan lain untuk mengekalkan kedudukan dengan menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seterunya.
Malah gara-gara mengejar popular, beliau berkata, Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Perikatan Nasional (PN) itu sanggup melangkau batas apabila menghina Sultan Selangor dan menidakkan titah Yang di-Pertuan Agong.
“Sanusi hanya fokus kepada rating diri dia, dia bergaduh dengan TMJ. Dia cari lawan yang boleh naik populariti dan rating dia serta menyamakan taraf dengan perdana menteri sendiri. Itu adalah strategi menaikkan populariti dia.
“Keghairahan dia mencari populariti ke tahap hina Tuanku Sultan Selangor dan menidak peranan dan titah Yang di-Pertuan Agong itu sendiri, bagi saya itu sudah melangkaui batas,” katanya ketika ditemubual MalaysiaGazette di Command Centre BN Parlimen Merbok di sini hari ini.
Shaiful Hazizy turut mempersoal pembangunan yang dilaksanakan Muhammad Sanusi sepanjang tiga tahun lebih mentadbir Kedah.
Menurutnya, Menteri Besar Kedah itu hanya sekadar melaungkan slogan The Greater Kedah yang sebenarnya tidak difahami oleh rakyat negeri ini.
“Ia lebih tawaran berbentuk retorik, kononnya Kedah ini akan jadi hebat pembangunan ekonominya akan lebih maju dan sempadan zon. Ada Kedah Aerotropolis dan ada beberapa lagi.
“Kesemua yang diuar-uarkan Menteri Besar itu memerlukan perbelanjaan dan pelaburan yang sangat besar serta memerlukan komitmen dari Kerajaan Pusat.
“Rakyat kena faham dengan hubungan yang sangat teruk menteri besar dan Kerajaan Pusat? Bagaimana dia hendak bekerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk merealisasikan The Greater Kedah ini? Kadang-kadang saya terfikir, masalah air pun tidak boleh selesai dan belum lagi pasal isu loji berlubang.
“Jadi saya minta tolong rakyat Kedah jangan tengok sentimen dan gelombang yang beri keseronokan hanya sementara dan tidak boleh menyelesaikan masalah air di Tanjung Dawai,” katanya.
Sementara itu, pada PRN 12 Ogos ini, Shaiful Hazizy akan berdepan satu lawan satu dengan calon PN yang juga penyandang, Hanif Ghazali.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) lalu, DUN Tanjung Dawai dimenangi oleh Hanif dari dengan 11,444 undi menewaskan calon PH, Annuar Abdul Hamid dan calon BN, Annuar Ahmad. MG
Sanusi cari publisiti dengan gaduh dengan pemimpin, negeri tak jaga sangat pun
Baca Artikel Menarik:
- Pas paling banyak cerai politik, khianat rakan
- Sila jawab Sanusi – Nik Nazmi
- Bulu kaki Masya Masyitah pulak jadi hal
- Peja pilih calon tak boleh menang – Hafiz
- Ahli PAS perlu dengar mesej adik arwah Tok Guru
- Pas suka jika Muhyiddin ‘bunuh’ UMNO
- Hempas bayi, campak budak 3 tahun dari tingkat 1 setelah dengar bisikan
- Zawawi ‘sekolahkan’ Annuar Musa
- Saifuddin cabar Sanusi bawa bukti PM, taikun ke Kedah minta REE
- Inspektor Sheila kagum, puji Iqbal ‘sweet’
- Remaja ketagih main ‘game’ tendang ibu selepas telefon dirampas
- Pelajar tikam pembuli dalam kelas
- Pas yang khianati UMNO tinggalkan MN
- Presiden Gerakan tidak diterima dan dimalukan di ceramah mega PN di Tasik Gelugor [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen
You must be logged in to post a comment.