Justin Trudeau berpisah dengan isteri

Justin Trudeau berpisah dengan isteri

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, pada Rabu mengumumkan beliau dan isterinya, Sophie Gregoire-Trudeau, akan berpisah selepas perkahwinan selama 18 tahun.

Dalam catatan di Instagram, Perdana Menteri itu berkata, “selepas banyak perbincangan bermakna dan sukar, kami membuat keputusan untuk berpisah”.



Kenyataan dari pejabat Trudeau memaklumkan, pasangan itu sudah menandatangani perjanjian perpisahan yang sah.

Katanya, mereka dan tiga anak bersama kekal sebagai keluarga yang rapat dan kedua-dua ibu bapa akan terus hadir dalam kehidupan anak-anak mereka.

Trudeau dan isterinya, bekas wartawan hiburan, ialah rakan pada zaman kanak-kanak dan berjumpa semula pada 2003 ketika menganjurkan satu majlis amal.

Tidak lama kemudian, mereka mula bercinta dan berkahwin pada 2005 di Montreal.



Mereka mempunyai tiga anak bersama, iaitu Xavier, 15, Ella Grace, 14, dan Hadrien yang berusia sembilan tahun.

Perpisahan itu yang pertama bagi seorang Perdana Menteri Kanada sejak mendiang bapa Trudeau, Pierre Trudeau, yang berpisah dengan Margaret Trudeau pada penghujung 1970-an dan akhirnya bercerai pada 1984, dalam masa beberapa bulan terakhirnya memegang jawatan. BH

Justin Trudeau berpisah dengan isteri

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen

Saya redha diceraikan Rosland



Riena Diana terima mesej lucah, merajuk padam gambar IG

Agong Hafal Lagu Ameng Spring – Netizen Teruja (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker