Umar pecah rekod kebangsaan di Chengdu

Umar pecah rekod kebangsaan di Chengdu

Selepas mencipta sensasi di Sukan SEA Kemboja 2023 Mei lalu, atlet olahraga negara Umar Osman terus mencuri tumpuan.

Hari ini, kira-kira dua bulan selepas memenangi pingat emas dan memecahkan rekod kebangsaan berusia 22 tahun di Phnom Penh, Umar memecahkan rekod miliknya itu di Sukan Universiti Dunia (UNIVERSIADE) di Chengdu, China.

Umar memadam rekod lama 46.34 saat (s) dilakukannya di Sukan SEA dengan catatan baharu 46.33s untuk menamatkan larian saringan pertama di Chengdu di kedudukan kedua di belakang atlet Australia, Holder Reece Nathaniel, 46.10s.

“Perasaan saya, saya sangat bersyukur dan saya hanya menikmati larian dan apabila dapat memecahkan rekod, saya sangat gembira,” kata Umar dalam satu hantaran video, hari ini.

“Sasaran saya di separuh akhir nanti, saya akan kekalkan catatan tadi dan cuba perbaikinya untuk cuba memecahkan rekod lagi sekali gus layak ke final.”

Umar, 20, dijadual menyertai saringan separuh akhir esok di Stadium Pusat Sukan Shuangliu.

Setakat ini, kontinjen negara sudah meraih satu emas dan tiga gangsa di Chengdu. BH

Umar pecah rekod kebangsaan di Chengdu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Masih Diganggu Walaupun Dah Cerai

Bekas Pengacara TV3 Didakwa Pukul Staf Guna Kayu & Langgar Pondok Pengawal

Pemandu degil MPV tersangkut lalui jalan tar masih basah

Hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser – kajian

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker