“Terima kasih emak… sayang mak sangat-sangat” – al Fatihah… ibu Ubai meninggal dunia
Ibu kepada pempengaruh, Ubai, Rohani Jamal meninggal dunia pada Ahad.
Berita itu dimaklumkan sendiri oleh Ubai dalam satu hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Maklum Ubai, ibu kesayangannya telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 6:45 petang tadi.
“Salam semua, mak saya baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.45 petang tadi,” tulisnya.
Dalam hantaran yang sama, Ubai atau nama lengkapnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zukefli, 25, juga turut membuat coretan luahan isi hatinya atas pemergian ibu tercinta.
“Hilangnya doa seorang ibu. Berat dugaan ni untuk Ubai, tapi Ubai reda. Berehatlah mak. Mak seorang ibu yang baik, semua orang senang dengan mak.
“Ubai ingat semua pesan mak, Ubai tak pernah lupa. Terima kasih mak, sebab jadi tempat untuk Ubai mengadu, untuk Ubai minta nasihat.
“Ubai janji akan jaga adik beradik semua. Terima Kasih Emak, Ubai sayang Mak sangat-sangat,” coretnya. Terdahulu, ibu Ubai mula dimasukkan ke PPUM selepas mengalami pendarahan pada bahagian rahim sejak 8 Julai lalu.
Sebelum ini, ibunya sudah pun menjalani pembedahan membuang ovari selepas disahkan menghidap kanser di organ berkenaan pada Januari lalu.
Ubai dan Shila mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu dan bakal mendirikan rumah tangga pada Ogos ini.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Datuk S bayar hutang aku – A. Aida (Video)
- Suami bersubahat bersama tukang urut lakukan seks luar tabii dengan isteri
- Syed Muhammad Imran orang kuat Hamzah Zainudin
- Azmin setuju debat dengan Rafizi tetapi bersyarat, takut ke?
- Individu disyaki seludup pekerja asing ke lombong REE direman 28 hari
- Sumpahan Jerunei menang 6 trofi di Itali, Perancis
- Keluarga Najib tetap sokong kerajaan perpaduan
- ‘Penyokong Bossku’ ambil kesempatan untuk kepentingan diri – Nazifuddin Najib
- Dominic Lau takut DAP – pemimpin PAS P Pinang
- Rafizi cabar Sanusi debat
- Dera isteri hingga mati, lelaki diburu polis
- Bisnes ‘wayang’ cuci duit
- Sanusi ‘play victim’, harap simpati
- Hadi sanggahi dakwah Nik Aziz
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim
“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup
Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun
Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo
You must be logged in to post a comment.