Pilih BN, PH kalau NS mahu terus maju – Tok Mat
Pilih BN, PH kalau NS mahu terus maju – Tok Mat
Rakyat Negeri Sembilan tiada pilihan selain mengekalkan gandingan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi memastikan pembangunan di negeri itu dapat diteruskan dengan kerjasama kerajaan Persekutuan.
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, adalah amat sukar untuk kerajaan Negeri Sembilan bergerak sendirian memandangkan hasil pendapatannya tidak begitu besar.
Sehubungan itu, beliau yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan menyeru rakyat Negeri Sembilan membuat pilihan yang betul pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.
“Jika kita tidak bersama maka harapan untuk kita membangunkan negeri susah untuk kita realisasikan,” katanya ketika berucap pada program Jelajah Perpaduan Madan dan Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Sembilan di sini, malam tadi.
Mohamad yang juga Menteri Pertahanan turut mengumumkan, Kerajaan Perpaduan merancang untuk membangunkan banyak projek di Negeri Sembilan.
Menurut beliau, salah satu projek tersebut adalah membangunkan metropolis industri pertahanan negara di Lembah Wawasan Malaysia.
“Ada beberapa syarikat multinasional termasuk yang bersama kerajaan Turkiye untuk memasang dan mengeksport helikopter dari negara kita,” jelasnya.
Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam ucapannya berkata, gabungan PH dan BN ingin mencapai kemenangan bukan untuk menyakau dan mengambil hak rakyat.
Sebaliknya, kata beliau, kemenangan itu bertujuan memastikan hasil yang diperolehi kerajaan negeri dipulangkan semula kepada rakyat Negeri Sembilan.
“Kita juga nak lihat Negeri Sembilan bergerak sederap dengan negeri-negeri maju yang lain,” katanya. MG
Pilih BN, PH kalau NS mahu terus maju – Tok Mat
Baca Artikel Menarik:
- Datuk S bayar hutang aku – A. Aida (Video)
- Suami bersubahat bersama tukang urut lakukan seks luar tabii dengan isteri
- Syed Muhammad Imran orang kuat Hamzah Zainudin
- Azmin setuju debat dengan Rafizi tetapi bersyarat, takut ke?
- Individu disyaki seludup pekerja asing ke lombong REE direman 28 hari
- Sumpahan Jerunei menang 6 trofi di Itali, Perancis
- Keluarga Najib tetap sokong kerajaan perpaduan
- ‘Penyokong Bossku’ ambil kesempatan untuk kepentingan diri – Nazifuddin Najib
- Dominic Lau takut DAP – pemimpin PAS P Pinang
- Rafizi cabar Sanusi debat
- Dera isteri hingga mati, lelaki diburu polis
- Bisnes ‘wayang’ cuci duit
- Sanusi ‘play victim’, harap simpati
- Hadi sanggahi dakwah Nik Aziz
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim
“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup
Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun
You must be logged in to post a comment.