Ibu mangsa bunuh pemandu Grab syukur pelaku digantung

Ibu mangsa bunuh pemandu Grab syukur pelaku digantung

Ibu kepada Allahyarham Aiman Nosri, 27, bersyukur apabila kematian anaknya mendapat keadilan sewajarnya daripada pihak mahkamah.

Nurizawati Dani, 57, berkata, keputusan tersebut juga membuatkan dirinya kini tenang dan mampu meneruskan kehidupan walaupun telah kehilangan anak ketiganya daripada empat beradik itu.



“Hukuman yang diberikan adalah setimpal.Hutang nyawa harus dibalas dengan nyawa. Barulah saya akan rasa tenang dan aman.

“Setelah hari ini, saya boleh meneruskan hidup saya dan menerima keadaan yang sedia ada.

“Saya berpuas hati kepada keputusan mahkamah yang memihak dan memberikan keadilan kepada Aiman,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi kompleks mahkamah di sini hari ini.

Terdahulu, Hakim Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap dua warga asing iaitu Sua Lay, 38 dan Gurpreet Singh, 28, yang didapati bersalah membunuh Aiman, lima tahun lalu.



Mengulas lanjut, Nurizawati yang merupakan suri rumah itu menjelaskan hukuman diberikan mahkamah itu adalah peringatan kepada mana-mana individu agar tidak melakukan perkara serupa.

“Ini supaya tiada lagi ibu yang lalui apa saya lalui iaitu kehilangan anak tambahan satu-satunya anak lelaki saya dan dirampas dengan cara amat zalim.

“Dibunuh dan dibiarkan seorang diri di situ.Itu membuatkan saya trauma,” tegasnya.

Media sebelum ini melaporkan kehilangan seorang pemandu Grab selama dua hari terbongkar apabila ditemui mati dalam kereta Perodua Myvi miliknya di tempat letak kenderaan kawasan perumahan Selayang Baru dekat sini.



Mayat mangsa berasal dari Nilai, Negeri Sembilan ditemui pada 23 Jun 2018 kira-kira pukul 8.20 malam.

Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas dipercayai ditekup menggunakan baju-T miliknya sendiri. K Online

Ibu mangsa bunuh pemandu Grab syukur pelaku digantung

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim

“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup



Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun

Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker