Dera isteri hingga mati, lelaki diburu polis
Dera isteri hingga mati, lelaki diburu polis
Kajang: Dera isteri sehingga mati sebelum hantar mayat wanita itu ke hospital. Perbuatan kejam lelaki itu terbongkar hasil pemeriksaan dilakukan pegawai perubatan di sebuah hospital swasta, di sini.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, polis menerima laporan kejadian pada 12.15 tengah malam Ahad lalu.
Menurutnya, wanita berusia 38 tahun terbabit dihantar ke pusat perubatan berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Mangsa dihantar oleh suaminya dan selepas mendapat tahu isterinya disahkan sudah meninggal dunia, dia menghilangkan diri.
“Pemeriksaan awal pegawai perubatan terbabit mendapati terdapat kesan cedera dan lebam di seluruh badan mangsa.
“Mayat mangsa kemudian diserahkan ke Hospital Serdang untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, hasil bedah siasat dilakukan mendapati punca kematian mangsa akibat dipukul objek tumpul sehingga mengalami kecederaan dalaman serius selain terdapat kesan kecederaan di seluruh badan.
“Dalam siasatan yang dilakukan, kejadian dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri di Sungai Long. Namun motif pembunuhan masih dalam siasatan,” katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tambahnya, polis kini sedang giat mengesan suami mangsa iaitu Mohamed Imran Mohamed, 32, beralamat terakhir di Apartment Sutera Pines, Jalan Sutera Pines, Sungai Long, Kajang.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan R K Umesh di talian 012-6114900 atau mana-mana balai polis berdekatan. HM
Dera isteri hingga mati, lelaki diburu polis
Baca Artikel Menarik:
- Syukur dapat ‘muka baru’ lepas 13 tahun
- Yusuf Islam berduka pemergian Sinéad O’Connor
- Bebaskan Pulau Pinang dari Lim Guan Eng – Bekas ahli DAP
- Abang penggal kepala adik kerana nikah tanpa restu
- Guru Tuisyen Ratah Pelajar Sejak 9 Tahun Lalu, Cabul Hampir Setiap Hari Dari Usia 6 Tahun
- Dominic tetap bertanding di DUN Bayan Lepas walau diprotes PAS
- ‘Kami pernah susah, makan hanya berlaukkan keropok saja’
- Bantuan khas RM300 penjawat awam, RM200 pesara
- e-tunai RM100 kepada 10 juta golongan dewasa
- Usaha penyingkiran penyokong Kon Yeow – Ramasamy
- Pencuri ‘derma’ wang pada pemilik rumah kerana tiada barang berharga
- Guru dikunci di luar pagar kerana lambat datang sekolah
- Semua 10 EXCO Kedah dipanggil isu siasatan rasuah REE
- Sindiket rasuah: ‘Datuk’ ditahan, rampasan wang tunai RM38 juta, emas 200kg
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.