Bisnes ‘wayang’ cuci duit
Bisnes ‘wayang’ cuci duit
Bawa artis terkenal dari India untuk mempromosikan rangkaian perniagaan termasuk kedai emas dan premis pengurup wang sebagai platform untuk beliau membuat pengubahan wang hasil daripada aktiviti haram.
Itu modus operandi ahli perniagaan terkenal bergelar Datuk berusia 42 tahun yang turut mengumpul kekayaan dari wang haram dengan menyeludup masuk barangan terlarang ke negara ini.
Mendedahkan perkara itu kepada Harian Metro, sumber berkata, setakat ini RM211 juta aset milik ahli perniagaan dan sekutunya dirampas dalam Op 82S dijalankan Isnin lalu oleh pasukan Petugas Agensi-Agensi Penguatkuasa Malaysia – Multi Agency Task Force (MATF) yang diketuai oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
“Lelaki itu membuka beberapa rangkaian perniagaan iaitu perniagaan utama dijalankan pengedaran filem, tembakau kunyah, pusat beli-belah, perniagaan kedai emas dan premis pengurup wang.
“Beliau turut menjalankan perniagaan menjual barangan elektronik dengan membawa masuk barangan keperluan asas seperti periuk nasi, pemanas air, cadar, selimut dan beberapa barangan lain,” katanya.
Menurut sumber, semua perniagaan itu berselindung di sebalik wang haram yang dikumpul dan dicucinya dengan mengaburi mata orang ramai termasuk pihak berkuasa.
“Malah, beliau mencuci duit dengan membawa artis terkenal dari India untuk mempromosi perniagaan serta perniagaan kedai emas dan premis pengurup wang sebagai platform beliau membuat pengubahan wang hasil daripada aktiviti haram itu.
“Suspek juga mengumpul kekayaan dengan menyeludup barang terlarang,” katanya.
Tambah sumber berkenaan, wang dibekukan membabitkan RM38.2 juta dengan tiga kedai emas diserbu ketika operasi.
“Siasatan mendapati ahli perniagaan itu sudah menjalankan kegiatan ini sejak 2020 dan sedang menyiasat sama ada ia turut membabitkan rangkaian perniagaan di luar negara.
“Seramai 24 saksi dirakam percakapan di mana turut dirampas telefon bimbit dan jam tangan mewah,” katanya.
Harian Metro kelmarin melaporkan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan sekutunya ditahan dengan wang tunai RM38 juta, emas seberat anggaran 200 kilogram bernilai kira-kira RM60 juta serta 17 buah kereta mewah antaranya berjenama Maserati, Ferrari dan Mercedes Benz disita dalam Op 82S yang diadakan besar-besaran Isnin lalu. HM
Bisnes ‘wayang’ cuci duit
Baca Artikel Menarik:
- Syukur dapat ‘muka baru’ lepas 13 tahun
- Yusuf Islam berduka pemergian Sinéad O’Connor
- Bebaskan Pulau Pinang dari Lim Guan Eng – Bekas ahli DAP
- Abang penggal kepala adik kerana nikah tanpa restu
- Guru Tuisyen Ratah Pelajar Sejak 9 Tahun Lalu, Cabul Hampir Setiap Hari Dari Usia 6 Tahun
- Dominic tetap bertanding di DUN Bayan Lepas walau diprotes PAS
- ‘Kami pernah susah, makan hanya berlaukkan keropok saja’
- Bantuan khas RM300 penjawat awam, RM200 pesara
- e-tunai RM100 kepada 10 juta golongan dewasa
- Usaha penyingkiran penyokong Kon Yeow – Ramasamy
- Pencuri ‘derma’ wang pada pemilik rumah kerana tiada barang berharga
- Guru dikunci di luar pagar kerana lambat datang sekolah
- Semua 10 EXCO Kedah dipanggil isu siasatan rasuah REE
- Sindiket rasuah: ‘Datuk’ ditahan, rampasan wang tunai RM38 juta, emas 200kg
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.