Pembiayaan hingga 120 peratus untuk beli rumah

Pembiayaan hingga 120 peratus untuk beli rumah

Skim pinjaman menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) akan ditambah baik dengan menyediakan jaminan pembiayaan sehingga 120 peratus daripada harga rumah bernilai sehingga RM300,000, kata Datuk Seri Anwar Kewangan.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan mendengar keluh-kesah rakyat berkaitan hasrat memiliki rumah pertama yang tertangguh kerana tidak mampu menyediakan deposit pembelian rumah.

“Kerajaan menambah baik skim pinjaman di bawah SJKP dengan menyediakan jaminan pembiayaan sehingga 120 peratus daripada harga rumah bernilai sehingga RM300,000.

“Jaminan 120 peratus akan membolehkan semua kos pemilikan rumah ditampung menerusi pinjaman, termasuk jumlah pembiayaan pokok, yuran guaman, yuran penilaian dan insurans serta pembelian perabot dan kos ubah suai.

“Sehubungan itu, jaminan kerajaan sehingga RM5 bilion akan disediakan,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat di sini, hari ini. BH

Pembiayaan hingga 120 peratus untuk beli rumah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas suami Yasmin Hani tayang kekasih baru, lagi hot

Laporan polis terhadap Papagomo dibuat kerana memfitnah oleh Setpol Fahmi Fadzil

Farid Kamil bagi respon ‘pedas’ bila ada persoal Diana tinggalkan anak ketika pergi Festival Good Vibes

Sean Edward dituduh sebabkan kematian Nurin Najmina

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker