Pelakon watak Hagrid dalam Harry Potter meninggal dunia

LONDON – Pelakon kelahiran Scotland, Robbie Coltrane yang memainkan watak Hagrid dalam filem Harry Potter meninggal dunia pada Jumaat.

Ejen dan juga rakannya, Belinda Wright menerusi satu kenyataan berkata, pelakon yang disifatkan mempunyai bakat unik itu meninggal dunia pada usia 72 tahun.

Bagaimanapun, Wright tidak mendedahkan butiran punca kematian Coltrane.



“Mendiang meninggalkan saudara perempuannya Annie Rae; isterinya, Rhona Gemmell; serta anak-anaknya Spencer dan Alice.

“Mereka mengucapkan terima kasih kepada kakitangan medik di Hospital Forth Valley Royal di Larbert atas rawatan dan layanan yang diberikan kepada mendiang.

“Tolong hormati privasi keluarga Robbie pada saat menyedihkan ketika ini,” katanya.

Coltrane atau nama sebenarnya Anthony Robert McMillan lahir pada 30 Mac 1950 di Rutherglen, South Lanarkshire dan menempa kerjaya sebagai pelakon, pelawak serta penulis.



Memulakan kariernya sebagai pelakon dalam siri TV, Play for Today pada 1979, namun Coltrane mula menjadi popular dalam siri TV komedi BBC, A Kick Up the Eighties pada tahun 1980-an.

Mendiang pernah menerima anugerah OBE pada tahun 2006 selain Anugerah Bafta Scotland pada tahun 2011 untuk sumbangannya dalam dunia seni. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin



Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Musim YB salam B40 sudah tiba



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker