Ditegur hidu gam, penganggur cederakan bapa guna pisau
MELAKA – Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan bapanya berusia 68 tahun menggunakan sebilah pisau, pada minggu lalu.
Hakim Elesabet Paya Wan bagaimanapun menangguhkan hukuman terhadap tertuduh, Muhamad Azmizal Ahmad, 28, pada tarikh 12 September depan bagi menunggu serahan fakta kes.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dengan sengaja menyebabkan kecederaan di jari tangan kanan, telinga kiri, bahu dan dada sebelah kiri terhadap bapanya, Ahmad Adam, 68, dengan menggunakan sebilah pisau.
Perbuatan itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 4.45 pagi di bahagian dapur rumah di Kampung Air Hitam, Tanjung Minyak dalam daerah Melaka Tengah pada 20 Julai lalu.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.
Difahamkan kejadian berlaku selepas tertuduh berang bapanya menasihatinya untuk tidak menghidu gam yang menjadi salah satu pencetus kepada penagihan dadah.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim memohon satu tarikh baru untuk serahan fakta kes dan keputusan hukuman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian bersetuju dengan permohonan tersebut
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Satees serang ‘maharaja’ DAP
- Umno antara parti Melayu terbaik – Khalid Samad
- Isteri kata nak ke tempat sangat jauh
- Ayah saya paling popular – Bell Ngasri
- Ingat Saya Playgirl Ke? – Ruhainies Bengang Dituduh Main Kayu Tiga
- Ulang-Alik 300km Sebab Nak Rogol Remaja 14 Tahun
- Mengapa Guan Eng tidak digugurkan sebagai calon PRN? – Dapsy Pulau Pinang
- Jocelyn Chia dibuang keluarga
- Maksud “bandung” dalam mee bandung dan “belanda” dalam durian belanda
- Penonton hampir pecah muka, banyak persoalan perlu jawapan
- Kenyataan CEO MBI mengelirukan
- Mahdzir bidas Sanusi tak tahu operasi MBI
- KJ cadang Baby Shima bertanding di Kelantan
- Jangan buat cerita lepas polis ambil tindakan – Ayob Khan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Laporan polis terhadap Papagomo dibuat kerana memfitnah oleh Setpol Fahmi Fadzil