Wany Hasrita timang bayi perempuan

Penyanyi popular, Wany Hasrita selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan swasta, malam tadi.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri pemilik nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

Pelantun lagu Menahan Rindu itu meluahkan rasa syukur kerana urusannya dipermudahkan dan proses bersalin secara normal juga berjalan lancar.

“Assalamualaikum, Bismillahi MasyaAllah, Alhamdulillah, Wany selamat melahirkan puteri kami pada hari Sabtu, 7.14 malam (semalam) secara normal.

“Terima kasih pada semua yang mendoakan kami. Anak ibu semoga jadi anak solehah, penyejuk mata, penenang jiwa, pengerat cinta ibu dan bapa.

“Membesar dengan sihat dan jadilah orang yang memberi manfaat kepada yang lain kelak,” kongsinya.

Sebelum ini, Wany pernah memaklumkan memilih untuk menjalani proses bersalin dan berpantang di ibu negara yang lebih dekat dengan ibunya.

Ruangan komen penyanyi berusia 31 tahun itu juga dibanjiri dengan ucapan tahniah dan titipan doa daripada kalangan selebriti dan peminat.

“Tahniah Wany dan suami, moga bayi membesar menjadi anak yang solehah dan sentiasa berada dalam lindungan Allah,” demikian komen seorang peminat.

Wany dan suami, Mohd Al-Adib Fahmi Harun mula berkenalan selepas diperkenalkan rakan baik Wany pada tahun 2019.

Sejak dari itu, mereka mengambil langkah serius dan bertunang pada Februari 2022 sebelum sah menjadi suami isteri pada Julai tahun lalu

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Janna Nick ditegur percaya dengan benda syirik

Tak sangka TMJ berkenan tonton video saya – Wan Mahussin

Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar

Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker