Berhenti laga saya dengan artis lain- Ernie Zakri

Penyanyi Ernie Zakri menasihati peminat supaya berhenti membandingkan pencapaian dirinya dengan artis lain.

Lebih dikesalkan Ernie berlaku perbalahan antara dua kelompok peminat sehingga ada yang mengeluarkan kata cacian.

“Saya kasihan dengan segelintir peminat yang cuba melaga-lagakan penyanyi kegemaran sedangkan mereka tidak tahu kami ada hubungan yang baik.

“Tidak mengapa jika mahu berbuat demikian tetapi kalau sampai tahap mencaci maki saya, rasanya perbuatan sebegitu tidak bagus,” katanya selepas majlis menandatangani kontrak bersama Universal Music Malaysia, di sini semalam.

Menurut Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahriah Zakri, ada ketikanya dia terpaksa bersuara bagi menghentikan perbalahan antara peminat.

“Apabila ada yang keterlaluan, saya akan bersuara dalam Twitter kerana media sosial bukan sahaja tempat berkongsi tentang kehidupan tetapi juga platform komunikasi bersama peminat.

“Kehidupan saya bukan untuk pertandingan, malah mara sebagai finalis dalam pertandingan pun sebenarnya hasil undian peminat saya.

“Biarlah orang nak cakap apa pun, saya hanya mampu membalas dengan baik dan meninggalkan pesanan supaya jangan bergaduh lagi,” ujar penyanyi berusia 31 tahun itu.

Terdahulu, tular dalam media sosial apabila seorang pengguna Twitter mendakwa Ernie lolos sebagai finalis dalam kategori Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABP35) hasil undian ahli keluarga sahaja.

Berikutan kejadian tersebut, isteri kepada penyanyi Syamel itu tidak melatah malah bersyukur kerana masih mendapat undian tertinggi sehingga menjadi finalis bagi kategori tersebut.

Selain itu, dia juga sering menjadi mangsa perbandingan dengan penyanyi Aina Abdul dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli

Abby gaduh dengan Norman? (Video)

Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri

Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker