Ugut hantar ‘bibik’ pulang, mentua majikan kena tikam
Seorang pembantu rumah warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas dia didapati bersalah menikam ibu mentua majikannya sebanyak 26 kali pada 2018, lapor laman berita Mothership semalam.
Walaupun umur Mar Nwe pada pasportnya ditulis berusia 23 tahun ketika dia tiba di Singapura pada 2018, ujian imbasan sinar X bone age mendapati dia berusia 17 tahun ketika jenayah tersebut berlaku.
Siasatan mendedahkan bahawa ejennya telah mengarahkan Mar Nwe untuk mengisytiharkan umurnya sebagai 23 tahun.
Memandangkan umurnya di bawah 18 tahun semasa kesalahan itu dilakukan, hukuman yang boleh dijatuhkan hanyalah penjara seumur hidup, dan bukannya hukuman mati.
Dalam kejadian tersebut, mangsa dikatakan telah memukul Mar Nwe dan mengugut mahu menghantarnya kepada ejen keesokan hari.
Akibat berang, tertuduh mengambil pisau dan mendekati mangsa yang sedang menonton televisyen sebelum menikamnya sebanyak 26 kali.
Dia ditahan ketika mengunjungi agensi pembantu rumah untuk mendapatkan pasport miliknya. – Agensi
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Anak saya mati dalam keadaan berjihad – ibu pelatih PGA
- Raline Shah si cantik kaya, ada zoo di rumah
- Syed Saddiq ‘bantai’ Adam Adli
- Ni dewan ke bangsal, kos sampai RM300k
- Fadhli Shaari ambil video tanpa kebenaran Youtuber, beri gambaran salah
- Selepas Langkah Sheraton, Mahathir-Muhyiddin kembali bertaut
- Izzue Islam ‘tolak’ 70 peratus pendapatan
- Sakit misteri Yantzen sukar dirawat
- Pekerja mall pulangkan RM18,000 dalam troli dipuji
- John Dihani berlagak, Shuib tetap saman
- Asyraf Khalid jawab dakwaan kurang ajar dengan pekerja hotel
- Lagu Malique terbaru ada sedutan lagu Mona Fandey?
- Shila Amzah ‘koyak’ pulak
- Jangan Sampai Raisuddin Cari!
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli
Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri