Agong, Permaisuri serah sendiri pasport sebelum masuk Sarawak
Agong, Permaisuri serah sendiri pasport sebelum masuk Sarawak
MIRI: Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang sedang dalam perjalanan dari Brunei ke Sarawak mengambil peluang untuk beramah mesra dengan petugas imigresen.
Meneruskan perjalanan hari ketujuh Kembara Kenali Borneo menuju ke Miri hari ini, Sultan Abdullah yang memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda ditemani Tunku Azizah berkenan turun dari kenderaan untuk menyerahkan sendiri pasport bagi mendapatkan cap imigresen di sempadan Brunei-Sarawak.
Suasana itu dirakamkan ketika Kembara Kenali Borneo melalui kaunter pandu lalu Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujuh, di sini, kira-kira 12 tengah hari untuk meneruskan perjalanan ke Miri bagi menghadiri majlis yang dijadualkan hari ini.
Hal sama turut dilakukan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Sultan Abdullah yang berangkat sama menyertai perjalanan Kembara Kenali Borneo di Sarawak.
Turut berangkat menyertai Kembara Kenali Borneo di Bumi Kenyalang itu ialah Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.
Sejurus berangkat meninggalkan ICQS, Seri Paduka berdua serta paduka anakanda meriah disambut rakyat Sarawak yang sedia menanti bagi meraikan keberangkatan rombongan diraja itu, di sepanjang jalan sejauh hampir 30 kilometer (km) dari kompleks imigresen ke Miri Handicraft Centre, lokasi pertama persinggahan kerabat diraja itu di bandar raya ini.
Pelbagai gelagat sempat dirakamkan dalam perjalanan lebih dua jam itu sehinggakan jadual persinggahan Seri Paduka berdua yang sepatutnya berangkat tiba di Miri Handicraft Centre pada 11.45 pagi mengalami kelewatan.
Apa yang amat menarik perhatian adalah orang ramai yang meraikan keberangkatan Seri Paduka berdua ketika menunggu di bahu jalan, memakai pakaian kebudayaan dari pelbagai etnik suku kaum Sarawak seperti Kayan, Kelabit, Kenyah, Kedayan dan Iban.
Sebahagian mereka juga mengambil kesempatan dan bersungguh-sungguh mempersembahkan tarian tradisi ketika konvoi Kembara Kenali Borneo melalui jalan di kawasan perumahan mereka.
Sementara itu, tinjauan Bernama di Miri Handicraft Centre, mendapati orang ramai mula berkumpul seawal 10 pagi di pekarangan pusat kraftangan itu untuk menyambut serta meraikan kunjungan pasangan diraja berkenaan di pusat kraftangan yang terletak di tengah bandar raya Miri.
Bukan sahaja dipenuhi masyarakat setempat tetapi ada juga penduduk dari daerah Betong sanggup menempuh perjalanan yang mengambil masa hampir lapan jam ke daerah ini kerana ingin melihat Sultan Abdullah dan Tunku Azizah serta keluarga diraja secara bersemuka. FMT
Agong, Permaisuri serah sendiri pasport sebelum masuk Sarawak
Baca Artikel Menarik:
- Waran tangkap terhadap pengerusi tetap Pemuda Bersatu dikeluarkan
- Abby Abadi jumpa keluarga mangsa penyondol
- Abby Abadi diserang di Instagram, apa salah ibunya
- Muda nak keluar, silakan – Adun PKR
- Abby Abadi respon isu anaknya sondol suami orang
- Britney bogel lagi ketika berkuda
- KP Umno taja caruman Perkeso penghantar makanan
- Ustazah Asma tak benar suami kahwin lain
- Sebab Bung Moktar dibebaskan mahkamah
- Putri Ariani pukau juri di separuh akhir AGT
- Puteri Sarah dedah tentang hubungan dengan Andi Arsyil
- Takkan Mimi bercium dengan Merqeen – Anna Jobling
- DNAA Zahid, nak ikut persepsi atau fakta kes?
- Mimi Lana kecewa dituduh cium di kelab malam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri
You must be logged in to post a comment.