Cebisan mayat berselerak

Cebisan mayat berselerak

MELAKA: Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tubuh badannya separuh hancur dipercayai akibat terjatuh dari tingkat 41 sebuah hotel di Banda Hilir di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa yang berusia 52 tahun ditemui orang ramai pada pukul 12.20 tengah malam di hadapan kawasan parkir lobi hotel berkenaan.



Beliau berkata, terdapat cebisan badan mangsa di sekitar lokasi dan laporan berhubung insiden itu telah dibuat seorang lelaki berumur 25 tahun, sebelum sepasukan anggota dikejarkan untuk membuat pemeriksaan.

“Setiba di lokasi mangsa ditemui dalam keadaan tubuhnya dari paras pinggang ke kepala telah hancur dipercayai impak akibat jatuh daripada bangunan tinggi dan terdapat cebisan mayat di sekitar kawasan.

“Siasatan awal mendapati, bangunan hotel tersebut mempunyai 42 tingkat dan kita percaya si mati jatuh daripada tingkat 41,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Christopher, saksi kejadian mendakwa ada terdengar bunyi seperti letupan tayar sebelum ternampak mangsa terjatuh dalam keadaan terlungkup.



Jelasnya, dua lagi saksi warga Bangladesh memaklumkan, si mati dilihat mundar-mandir di kawasan sekitar dalam keadaan mencurigakan sebelum kejadian.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. Utusan

Cebisan mayat berselerak

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli

Abby gaduh dengan Norman? (Video)



Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri

Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker