Hilman didakwa enggan kosongkan pusat khidmat walaupun DUN Selangor telah dibubarkan

Bekas Adun Gombak Setia Hilman Idham didakwa melanggar ketetapan bahawa bangunan kerajaan tidak boleh digunakan untuk tujuan politik kerana enggan mengosongkan premis bekas pusat khidmatnya.

“Setelah Dewan Negeri Selangor bubar pada 23 Jun 2023, notis pengosongan diberikan pada 27 Jun kepada pusat khidmat masyarakat yang bertapak di atas tanah kerajaan, termasuk di DUN Sungai Tua dan DUN Hulu Kelang.

“Kedua-dua pusat khidmat masyarakat ini telah akur kepada notis itu dan mengosongkan tapak masing-masing kerana penetapan Kerajaan Negeri adalah supaya bangunan kerajaan tidak digunakan bagi tujuan parti politik.



“Walaupun notis diberikan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Gombak kepada Hilman Idham, bekas Adun Gombak Setia, beliau ingkar dan menaikkan papan iklan politik di hadapan pusat khidmat itu dan menukar premis itu kepada Bilik Gerakan Utama Perikatan Nasional Gombak Setia,” kata Jay Jay Denis selaku setiausaha akhbar kepada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Menurut Denis, premis yang digunakan sebagai bilik gerakan PN itu (gambar, atas) bertapak di tanah milik kerajaan yang berfungsi sebagai dewan orang ramai.

“Sebelum ini, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak tidak mengambil tindakan penguatkuasaan kerana ruang tersebut digunakan sebagai pusat khidmat masyarakat,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Kata Denis lagi, dia difahamkan pusat khidmat yang bertapak atas tanah kerajaan itu digunakan “secara percuma oleh bekas Adun itu.”



“Hilman Idham, harus belajar menghormati proses serta undang-undang dan tidak bertindak biadab terhadap penjawat awam dengan tidak mempolitikkan perkara sebegini,” tegasnya.

Terdahulu, Hilman sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang selepas didakwa diarah mengosongkan premis pusat khidmatnya oleh pihak berkuasa tempatan semalam.

Menurut notis bertarikh 27 Jun oleh majlis Tanah dan Daerah Gombak, pusat perkhidmatan Gombak Setia itu terletak secara tidak sah di atas tanah kerajaan.

Notis itu menyatakan bahawa menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 435 Kanun Tanah Negara (Akta 828) dan bangunan itu terpaksa dikosongkan berkuat kuasa serta-merta.



Dalam satu kenyataan, Hilman mendakwa beberapa pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Gombak serta Majlis Perbandaran Selayang tiba di pusat itu pada jam 3.50 petang semalam untuk mengosongkan tempat itu.

Dakwanya lagi, perbuatan sedemikian adalah salah guna kuasa Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Dalam notis pentadbiran bertarikh hari ini, peguam Hilman dari Tetuan Sasha Lyna menegaskan bahawa pusat khidmat itu telah menduduki tanah berkenaan dengan pengetahuan penuh pihak berkuasa negeri.

Peguam Hilman berkata dia bersedia mengosongkan premis itu secara baik dalam tempoh masa yang munasabah dan akan mengambil tindakan undang-undang jika harta bendanya dialihkan secara paksa dari premis itu.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab Mamat tidak hadir majlis pernikahan Shuib



Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie

Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?



Shuib tersalah sebut nama isteri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker