PM bertakbir raya Aidiladha bersama rakyat di Sungai Long

KAJANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu menyertai majlis takbir raya sempena Hari Raya Aidiladha

Bacaan takbir raya itu dipimpin Imam Masjid Taman Rakan Sungai Long, Mohd Zamzuri Abu Othman dengan disertai ahli jawatankuasa, jemaah masjid dan penduduk setempat

Laungan takbir itu turut disiarkan secara langsung Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV1 serta di laman sosial rasmi Perdana Menteri, RTM dan Kementerian Komunikasi dan Digital pada pukul 8.20 malam Rabu.



Terdahulu Anwar yang lengkap berbaju Melayu, tiba di masjid berkenaan pada pukul 7.19 malam disambut ahli jawatankuasa masjid dan jemaah.

Anwar dan para jemaah kemudiannya berbuka puasa sebelum bersama-sama menunaikan solat maghrib dan seterusnya bersedia untuk melaungkan takbir raya.

Selesai takbir, Perdana Menteri kemudiannya meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama para jemaah dan kanak-kanak sebelum meninggalkan masjid pada pukul 8.30 malam.

Esok, Perdana Menteri dijadual menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, Putrajaya. – Bernama



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab Mamat tidak hadir majlis pernikahan Shuib



Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie

Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?



Shuib tersalah sebut nama isteri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker