Akhirnya Engku Emran buka mulut pasal Fiza Halim

Akhirnya Engku Emran buka mulut pasal Fiza Halim

Mantan suami kepada beberapa selebriti, Engku Emran akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai satu gosip yang mengaitkan dia dengan seorang pelakon iaitu Fiza Halim yang didakwa menjalinkan hubungan cinta setelah fotonya bersama anak-anak aktres itu tersebar di media sosial.

Engku Emran, 48, menafikan dua orang remaja yang bergambar bersama dirinya di rumah bukanlah anak kepada Fiza sebaliknya anak sahabatnya.



Kalau nak tahu cerita, kawan saya daripada Terengganu kahwin dengan orang dari Czechoslovakia, jadi anak dia kacukanlah. Bulan puasa mereka datang ke Malaysia, saya jamu dia buka puasa di rumah saya, kebetulan isteri dia tak ada hanya ada dua anak dia sahaja.

Saya ambil gambar dengan anak dia dua orang tapi ada komen mengatakan yang Engku Emran dating dengan sekian-sekian. Daripada situ orang buat cerita, masyarakat kita ini macam mana? Dengan komen itu boleh jadi fitnah.

Kongsinya lagi, gosip itu turut memberi kesan kepada Allahyarham ibunya iaitu Salmah Abu Bakar.

Masa itu arwah ibu saya masih hidup, dia mesej saya tanya apa lagi ini Emran? Saya boleh terima perkara ini tapi mak ayah kita, anak kita. Anak saya sudah 14 tahun sudah boleh membaca. Jadi tak sedap lah.



Dalam pada itu, Engku berkata dia tidak selesa berkongsi masalah dengan rakan-rakan sebaliknya mencari orang berpengalaman seperti ustaz untuk mendapatkan nasihat.

Masalah saya ini kawan saya pun tak tahu. Bagi saya baik saya tanya ustaz, dia lebih berpengalaman tapi bukannya kawan saya tak berpengalaman.

Tapi saya tak nak hubungan dia dengan mana-mana bekas isteri saya terjejas. Bila saya luahkan masalah pada kawan sedikit sebanyak akan terjejas.

Terdahulu, Engku Emran telah bercerai dengan kakak kepada selebriti terkenal, Noor Nabila setelah dua tahun mendirikan rumah tangga.



Akhirnya Engku Emran buka mulut pasal Fiza Halim

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker