Tragedi Kapal Selam Titan: Anak billionair Pakistan tidak mahu ikut awalnya kerana ‘rasa’ sesuatu

Salah satu mangsa tragedi kapal selam Titan yang meletup di dasar Lautan Atlantik Utara, Suleman Dawood, dilaporkan ada memberitahu bahawa ekspedisinya untuk melihat bangkai Titanic adalah sesuatu yang tidak baik.

Ibu saudaranya, Azmeh Dawood memberitahu laman berita NBC bahawa anak saudaranya itu merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan jelajah tersebut.

Dia juga mengaku hanya menyertainya sebagai sebahagian daripada perjalanan untuk mengeratkan hubungan dengan bapanya, Shahzada.

“Dia tidak begitu selesa untuk melakukannya. Dia sangat tidak suka melakukannya tetapi ia adalah mengenai Hari Bapa.

“Ia adalah satu pengalaman yang mampu mengeratkan hubungan dan dia mahu melakukan pengembaraan seumur hidup dengan bapanya,” kata Azmeh.

Sementara itu, siasatan terhadap tragedi letupan Titan telah dimulakan dengan Polis Diraja Kanada mengesahkan ia sedang menyiasat punca kematian semua mangsa.

Kapal selam yang membawa lima penumpang termasuk bilionair dan jutawan itu hilang pada 18 Jun lalu dan mungkin meletup pada hari yang sama, demikian menurut data sistem akustik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS).

Pengawal Pantai AS kemudian mengumumkan semua penumpangnya mati akibat letupan pada Khamis lalu.

Setakat kini, bukti-bukti sedang dicari berhubung apa yang berlaku berhampiran bangkai kapal Titanic yang terletak 3,800 meter di bawah permukaan laut. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya

Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker