Taktik bungkus ganja serupa lemang gagal, polis tahan 4 lelaki

Ketua Polis Hulu Selangor Ahmad Faizal Tahrim (tiga dari kiri) menunjukkan ganja yang dirampas selepas menahan empat lelaki dalam tiga serbuan di daerah itu kelmarin. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Taktik sindiket pengedaran dadah membungkus ganja dalam bentuk lemang terbongkar susulan penahanan empat lelaki termasuk warga asing dalam tiga serbuan di sekitar Hulu Selangor, kelmarin.

Ketua Polis Hulu Selangor, Ahmad Faizal Tahrim, berkata dalam serbuan pertama, seorang lelaki berusia 36 tahun ditahan dalam Proton Persona di kawasan parkir apartmen di Bukit Beruntung kira-kira 6 petang.

Katanya, polis kemudiannya merampas 24 peket plastik lut sinar berisi ketulan ganja seberat 14kg dalam kereta suspek.

“Seterusnya pasukan serbuan sama menahan tiga lelaki termasuk seorang warga asing berusia 23 hingga 61 tahun yang berada berhampiran sebuah restoran di Bukit Sentosa.



“Pada masa sama, sebuah bekas plastik berisi ganja seberat tiga gram dirampas selain menemui sepucuk pistol angin bersama kelopak peluru dalam kenderaan salah seorang suspek,” katanya dalam sidang media di IPD Hulu Selangor, hari ini, menurut Harian Metro.

Beliau berkata susulan rampasan dan penahanan itu, seorang suspek kemudiannya membawa polis ke sebuah stor apartmen di Bukit Beruntung.

Katanya, polis menemui dua peket lagi plastik lutsinar mengandungi ganja seberat 1.28kg.

“Semakan mendapati dua suspek masing-masing mempunyai dua rekod lampau dadah dan jenayah.



“Manakala saringan air kencing pula mendapati seorang suspek positif dadah manakala tiga lagi negatif,” katanya.

Faizal berkata nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM43,710 dan polis turut menyita sebuah Toyota Hilux, motosikal Honda Vario dan wang tunai RM383.

“Semua suspek direman tujuh hari bermula semalam hingga 15 Feb ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 6 ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang



Vida geram Marissa jadi penyondol

Kecantikan Marissa bikin ramai cair



Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker