Rohana Jalil meninggal dunia

Rohana Jalil meninggal dunia

Penyanyi popular era 80-an Rohana Jalil meninggal dunia pada usia 68 tahun malam tadi.

Rohana dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga pada kira-kira 11.30 malam di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), lapor mStar.



Difahamkan bahawa jenazah akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Al-Falah USJ 9, Subang Jaya, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21 sebelum Zohor.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Rohana, yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) HCTM sejak 28 Mac lalu akibat kebocoran usus, sudah dipindahkan ke unit dependensi tinggi (HDU).

Rohana, atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil, memenangi Bintang RTM pada 1981, dan popular dengan lagu “Rayuanku”, “Resah Ku”, dan “Jangan Main Mata”.

Beliau juga ibu kepada pelakon Kilafairy.



Rohana Jalil meninggal dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa masuk hospital, dipukul geng Honda?



Janna Nick mohon maaf pada Ustaz Wadi

Bikers ‘Otak Kecil’ halang laluan disaman Polis



Restoran Salt Bae tidak laku kerana sering dapat ‘review’ buruk



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker