Jawab di mahkamah Allah – Hafidz Roshdi

Jawab di mahkamah Allah – Hafidz Roshdi

PELAKON Hafidz Roshdi memberi amaran kepada orang ramai di luar sana agar menghentikan semua tuduhan yang sengaja memburukkan imejnya di media sosial.

Katanya, dia berharap agar perkara sedemikian tidak berulang demi perkembangan hidup baharu dan kesihatannya.



“Banyak yang dikongsikan dalam media sosial yang memburuk-burukkan saya. Sesiapa yang memburukkan saya, saya akan minta dia menjawab di mahkamah Allah di akhirat kelak. Saya akan tuntut dosa-dosa dan pahala-pahala saya di hadapan mereka,” katanya.

Pelakon drama ‘Mr. Donut Karamel’ itu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas prosiding pengesahan lafaz cerai antara dia dan Nurul Shuhada di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, semalam.

Dalam masa sama, Hafidz turut menafikan beberapa perkara yang dibuat ke atasnya terutamanya oleh Nurul Shuhada.

“Banyak sudah dikongsi dalam media sosial. Sebagai contoh, saya tidak menuduh Nurul Shuhada membuat pengguguran dan tidak sama sekali membuat laporan palsu.



“Ia adalah mengikut apa yang dimaklumkan menerusi komunikasi dalam WhatsApp.

“Saya berjumpa anak-anak, dua minggu lalu dan bukan tiga minggu lalu seperti yang dinyatakan Nurul Shuhada. Pertemuan ini berlaku selepas musim Aidilfitri,” ujarnya.

Mengulas lebih lanjut mengenai pertemuan bersama anak-anaknya itu, Hafidz mendakwa bahawa akaun peribadi Instagramnya digodam sehingga menyebabkan proses memuat naik gambar bersama anak-anaknya sedikit kelewatan.

“Instagram (IG) saya sudah digodam dan itulah sebab gambar dan video lewat dikongsi. Tiada strategi atau sebarang niat lain dalam hal ini.



“Saya tak nampak ada masalah jika saya memuat naik gambar saya bersama anak-anak pada bila-bila masa. Itu hak saya.

“Nampaknya ada pihak yang cuba mensensasikan perkara ini, tetapi mengapa? Ini kerana Humairah dan Umar adalah anak saya dan hak saya,” katanya.

Sementara itu, ketika disoal sama ada dia mengetahui akaun IG milik Hafidz digodam, Nurul Shuhada menjawab ‘tidak tahu’.

“Minta maaf saya tidak tahu, saya sudah tidak lagi ikuti Hafidz di Instagram,” ujarnya ringkas.



Sebelum ini, Nurul Shuhada dilaporkan meluahkan rasa hairan apabila suaminya memuat naik gambar bersama anak-anak di IG sehari sebelum prosiding hadanah berlangsung pada 12 Jun lalu.

Nurul Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian di mahkamah pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.

Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2. Utv

Jawab di mahkamah Allah – Hafidz Roshdi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa kutuk media Malaysia



Diva AA serang Diva BB? (Video)

Seluar Hannah Delisha jadi bualan, ramai sakit mata

Ajak swafoto lepas tumbuk, tunggu polis datang kutip

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker