PRN Melaka: Calon BN Kak Som Mahu Selesai Isu Banjir, Sampah Di Pengkalan Batu
PRN Melaka: Calon BN Kak Som Mahu Selesai Isu Banjir, Sampah Di Pengkalan Batu
MELAKA: Isu banjir dan masalah pelupusan sampah menjadi antara perkara yang akan diberi perhatian calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Noordin jika diberi mandat oleh pengundi kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini.
Kalsom atau mahu dikenali sebagai ‘Kak Som’ berkata aspek lain yang akan diberi perhatian ialah pembangunan fasiliti sukan dan pusat sehenti belia bagi memberi ruang kepada golongan itu untuk turut sama membangunkan Pengkalan Batu.
“Saya juga akan memberikan perhatian kepada pembangunan ekonomi masyarakat setempat dan menggerakkan agenda pembangunan bagi meningkatkan taraf hidup penduduk Pengkalan Batu,” katanya dalam ceramah yang disiarkan menerusi laman Facebook BN COMMS di sini.
Ketua Wanita UMNO Hang Tuah Jaya itu antara lima calon wanita dipertaruhkan BN bersama Tuminah Kadi yang bertanding di kawasan Pantai Kundor, Datuk Khaidhirah Abu Zahar (Rim), Siti Faizah Abdul Azis (Sungai Rambai) dan Leong Hui Ying (Kesidang)- BERNAMA
PRN Melaka: Calon BN Kak Som Mahu Selesai Isu Banjir, Sampah Di Pengkalan Batu
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Anak kelar leher ibu maut digilis lori
- Saiful Apek jadi pemain bola sepak [VIDEO]
- 18 lokasi peranginan di Kedah berisiko dilanda kepala air
- Thalita Latief dituduh perampas suami orang
- Ancaman Pneumonia pesakit Covid-19 lepas sembuh
- PRN Melaka: Pilih biru yang ori, bukan yang cetak rompak – Zahid
- PRN Melaka: PN, PH Ada Masalah Calon Ketua Menteri Melaka Ke?
- Zulfarhan maut kerana fitnah bomoh, kata ayah
- Dituduh tidak dilayan, Najib anggap telah biasa difitnah
- Dynasty in making: Khalil in line for PAS top post?
- Roti canai biawak [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lelaki mabuk bogelkan ibunya dan cuba merogolnya
You must be logged in to post a comment.